Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

Siswa NUS di UK ini kongsi pengalaman berpuasa buat pertama kali di perantauan

Anggaran Waktu Membaca:
01:54 Min
Diterbitkan : 15 Apr 2023 10:29PM Dikemas Kini : 16 Apr 2023 07:10AM

BERITAmediacorp: Pengalaman berpuasa di perantuan membuat saya berasa begitu ghairah.

Apatah lagi, ia merupakan pengalaman pertama bagi saya.

Saya teruja dengan kelainan pengalaman berpuasa di United Kingdom.

Saya, seorang mahasiswa jurusan Komunikasi dan Media Baru di Universiti Nasional Singapura (NUS) yang sedang menyertai program pertukaran pelajar di Universiti Newcastle. Di bawah program tersebut, saya berpeluang untuk melakukan pengajian di UK selama enam bulan.

Mujur, bulan Ramadan bertepatan dengan waktu cuti Hari Easter. Lantaran itu, saya tidak perlu menghadiri kelas sepanjang bulan Ramadan.

d


Saya pun tidak melepaskan peluang untuk melancong ke negara-negara lain ketika berpuasa.

Ia bahkan merupakan kali pertama saya menyambut bulan Ramadan jauh daripada keluarga.

Selalunya, ibu saya yang menyiapkan hidangan untuk sahur buat seisi keluarga saya. Sekarang, saya perlu menyiapkan juadah sahur and makan sendiri tatkala berada di UK.

Pengalaman berpuasa tahun ini sememangnya membuat saya rindu dan menghargai masa yang diluangkan bersama keluarga dan juga rakan-rakan, yang selalu memeriahkan sambutan bulan Ramadan.


Sekalipun demikian, ia masih merupakan satu pengalaman yang saya hargai.

Terdapat beberapa perbezaan yang saya lihat dari segi menyambut bulan Ramadan, terutamanya apabila dalam keadaan musafir.

d
Pertama, cuaca. Walaupun tidak sebahang and sepanas Singapura, persekitarannya kering. Oleh sebab itu, walaupun saya tidak berpeluh, bibir dan kulit saya rasa amat kering.
 w

Kedua, kemeriahan sambutan bulan Ramadan tidak sama seperti di Singapura. Saya rasa ia amat sunyi. Kami tidak dikelilingi dengan ramai orang Muslim and mereka tidak menyambut bulan yang meriah ini. Lagipun, mereka juga sibuk menyambut perayaan Hari Easter, di mana mereka mempunyai perarakan mereka sendiri.

Walaupun jauh daripada keluarga, program tersebut memberi peluang kepada saya untuk berdikari dan juga memberi saya peluang untuk memahami pengalaman dan cara untuk menyambut bulan Ramadan sebagai seorang pelancong dan seorang yang bermusafir.

CETUSAN KARYA:

Muhammad Izzuddin Mawar, ialah mahasiswa Tahun 3 Universiti Nasional Singapura (NUS).

Sumber : BERITA Mediacorp/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan