Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

Siswa NTU ketengah kesukaran bangkit daripada kisah silam melalui pementasan 'Pasang Surut'

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tidak dinafikan bahawa setiap daripada kita mempunyai kisah silam tertentu yang sukar dilupakan, baik yang indah mahupun yang buruk.

Ini terutama sekali apabila memori itu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diri kita.

Demikian merupakan inti pati pementasan 'Pasang Surut', anjuran kumpulan Awallah Dondang, yang terdiri daripada para mahasiswa Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Berlangsung pada 14 dan 15 Jun ini di Gateway Theatre, ia menyorot kisah seorang watak bernama 'Putri' yang bergelut untuk bangkit daripada parut lama kisah silamnya, sedang beliau berada di beberapa ruang tertentu yang membuatnya mengimbau kembali kenangan lama itu.

Yang menariknya, daripada menguruskan hal pentadbiran pementasan tersebut kepada arahan serta lakonan pementasan itu, ia menerima hasil sentuhan para mahasiswa NTU sepenuhnya.

Naskhah 'Pasang Surut' akan dipentaskan dalam Bahasa Melayu.
Berikut adalah butiran mengenai pementasan 'Pasang Surut':

Tarikh & Masa: 14 Jun, 8.00 malam & 15 Jun, 8.00 malam
Tempat: Gateway Theatre, 3615 Jalan Bukit Merah, Singapore 159461

Bagi yang mahu menyaksikan 'Pasang Surut', mereka boleh mendapatkan tiket pada harga S$20 menerusi laman ini.
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan