Seniwati Zaiton jadi sumber inspirasi cucu saudara buka perniagaan kebaya
Anggaran Waktu Membaca:
Pengasas Auraya Kebaya, Nur Thaqifa Mohamed Sadri,yang berusia 19 tahun. (Gambar: Syafeera Sofian/BERITA Mediacorp)
SINGAPURA: Meskipun hanya berusia 19 tahun, busana kebaya amat dekat di hati Nur Thaqifa Mohamed Sadri.
Ini lebih-lebih lagi apabila busana kebaya diiktiraf sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO pada 4 Disember 2024.
Ia mendorongnya untuk sama-sama memainkan peranan bagi melestarikan
warisan turun-temurun ini.
Demi meneruskan warisan ini, Thaqifa menubuhkan perniagaan pertamanya 'Auraya Kebaya' pada Ogos lalu yang khas menjual kebaya vintaj.
Lulusan ijazah Diploma dalam bidang Kejururawatan di Politeknik Ngee Ann berani terjun ke bidang perniagaan dengan pengalaman bekerja di kedai barangan vintaj milik ibu bapanya yang terletak di KAPO Factory, 'Treasure at Home'.
Di situ juga tempat Thaqifa mengendalikan perniagaannya.
" (Kedai ibu bapa saya) 'Treasure at Home' mengajar saya cara nilaikan dan hargai barangan vintaj. Sebab itu saya tubuhkan Auraya Kebaya untuk kekalkan warisan bukan menerusi perabot tetapi belalui fesyen," kata Thaqifa.
NENEK SAUDARA THAQIFA, SENIWATI ZAITON JADI SUMBER INSPIRASI PERNIAGAANNYA

Beliau juga mendapat inspirasi daripada nenek saudaranya yang merupakan legenda seni layar perak, Seniwati Zaiton.
"Dari kecil lagi saya suka lihat orang pakai kebaya. Nenek saudara saya, Seniwati Zaiton seorang pelakon dalam filem Bujang Lapok. Beliau dahulu ikon kebaya dan saya selalu kagum dengannya. Keanggunan kebaya itu yang menceritakan kekuatan dan kecantikan wanita. " kongsi usahawan muda itu.
Hampir sekali setiap bulan, Thaqifa akan ke luar negara untuk mencari kebaya-kebaya yang unik bukan sahaja dari segi penampilan tetapi juga kisah di sebalik kebaya itu.
Ada juga kebaya yang dijual daripada koleksi ibu dan dirinya sendiri selain yang dijahit oleh nyonya peranakan di Singapura.
Beliau percaya setiap satu kebaya ada kisahnya tersendiri.
" Ada seorang makcik atau nenek ini di Indonesia yang membuat kebaya kemudian menambah ciri uniknya sendiri. Ada juga dari seorang nyonya peranakan di Singapura. Ia mempunyai ciri jahitan ketuk dan ia antara yang paling sukar didapatkan" jelas Thaqifa.
Melihat kepada betapa sukar kebaya itu didapatkan, setiap kebaya berharga bermula S$68 sehingga sekitar S$150.

Hanya satu atau dua helai yang dijual bagi setiap jenis atau rekaan dalam saiz tertentu kerana koleksinya terhad dan perlu dicari dan dipilih setiap satu.
Antara jenis kebaya dalam koleksinya kini termasuk kebaya Janggan, kebaya Kutu Baru, kebaya nyonya dan kebaya Bali.
IBU BAPA BERI DORONGAN
Meskipun usianya itu memberinya kelincahan dan idea-idea segar, ia juga menjadi semacam hambatan bagi dirinya.
Antara kata-kata yang pernah didengar tentang usianya ialah, " Dia pasti tidak boleh buat, dia terlalu muda untuk faham proses perniagaan."
Namun, kata-kata ini tidak menjadi penghalang untuk Thaqifa teruskan perniagaannya itu dengan sokongan ibu bapanya yang juga merupakan usahawan barangan vintaj.

Ibunya, Nur Aryana Aziz, 46 tahun, memainkan peranan penting dalam mengajarnya tentang warisan seperti asal-usul pelbagai jenis kebaya yang ada.
Bapanya pula, Mohamed Sadri Mohamed Farick, 47 tahun, menjadi pelabur dan membiayai kos yang diperlukan untuk ke luar negara dan mencari kebaya.
"Saya mahu dia memahami perbezaan antara pekerjaan dan kebebasan. Dalam menjalankan perniagaan ini, dia akan dapat kebebasan dan pelajari cara menangani masalah mahupun yang kecil atau besar dengan pelanggan. Ia sebuah proses dan dari situ dia akan semakin matang," kata Encik Sadri.
BUKAN SEKADAR PERNIAGAAN
Buat masa sekarang, perniagaannya dijalankan secara online di Instagram dan juga melalui saluran Telegram.

Beliau juga harap dapat membuka sebuah kedai bagi jenamanya itu pada masa akan datang.
Bagi dirinya, ia lebih daripada sekadar perniagaan tapi juga satu platform untuk memperjuangkan kehebatan dalam keanggunan para wanita menerusi fesyen kebaya.
"Saya harap Auraya Kebaya ini lebih dari sekadar perniagaan. Saya mahu wanita yang memakai kebaya ini rasa yakin dengan diri mereka dan memakainya bukan sekadar pada acara khas, tetapi juga secara sebahagian dari identiti mereka dengan memakainya secara kasual," kata Thaqifa.

Sumber : BERITA Mediacorp/SF
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.