Seni Batik: Menelusuri simbolisme dalam seni kain Melayu
Anggaran Waktu Membaca:
Tumadi Patri merupakan seorang seniman batik tersohor berasal dari Singapura. (Gambar: MHC)
Pendahuluan
Batik ialah seni tradisional yang menggunakan pewarna dan lilin untuk mencipta corak atas sebuah bahan, biasanya sepotong kain. Pelukis batik akan mereka corak atas kain dengan teknik lukisan lilin cair yang menggunakan cap tembaga atau lukis tangan, dan mereka desain beraneka warna pada kain tersebut. Selesai proses pewarnaan, kain itu akan direndam dalam pewarna, yang biasanya diperoleh daripada bahan semula jadi.
Batik mempunyai corak yang kompleks, dan memerlukan kemahiran, kreativiti dan kepakaran yang tinggi. Biasanya, sepotong batik mengambil masa beberapa hari atau berbulan-bulan untuk diselesaikan. Seni yang memerlukan tenaga kerja yang banyak ini mencerminkan komitmen dan dedikasi seniman batik terhadap ketukangan mereka.
Walaupun seni batik dihasilkan di pelbagai negara serata dunia, keraton diraja Yogyakarta dan Surakarta di Jawa Tengah didokumentasikan sebagai pusat pengeluaran dan perkembangan batik yang asli dan penting, dan dihasilkan oleh perempuan aristokrat khas untuk golongan bangsawan. Batik berkembang dalam arus ‘mainstream’ dengan kemunculan bengkel batik di luar istana-istana diraja yang membolehkan seniman batik menguji kaji dan mereka aneka motif yang memenuhi selera tempatan dan asing. Aneka motif batik baharu tercipta hasil pengaruh budaya lain termasuk budaya Serani, Cina dan Arab.
MOTIF BATIK POPULAR
Seni batik menggunakan teknik lukisan lilin cair untuk mencipta ukiran yang berulang-ulang dan kompleks, atau motif. Secara am, motif ini melambangkan falsafah dan nilai-nilai si pemakai batik atau tempat asal motif tersebut. Ada juga motif yang mempunyai makna simbolik dan dipakai untuk acara tertentu. Misalnya, setiap daerah di Indonesia mempunyai motif batik yang melambangkan kepercayaan dan budaya mereka.
Salah satu motif terkenal ialah motif parang yang berasal dari Kesultanan Mataram pada abad ke-16, menjadikan ia motif batik yang tertua di Indonesia. Motif dari Yogyakarta ini berbentuk ombak dan huruf “s” yang disusun serong untuk melambangkan ombak laut di selatan kota. “Parang” yang merupakan perkataan Jawa, melambangkan kekuatan, taraf dan kuasa. Oleh itu, pada zaman kesultanan Mataram, motif parang dikhususkan untuk pemakaian golongan atasan dan bangsawan sahaja. Amalan eksklusif ini menunjukkan sifat masyarakat Jawa yang berhierarki, kepentingan pakaian sebagai lambang kedudukan seseorang, dan pentingnya seni batik untuk golongan diraja, dan masyarakat secara umum.
Sebuah lagi motif yang popular ialah mega mendung (awan mendung dalam bahasa Jawa), yang berasal daripada istana diraja Cirebon di Jawa Barat. Motif ini berbentuk awan dan melambangkan ketenangan.
DUA DUNIA MENJADI SATU: PERJALANAN TUMADI PATRI DALAM DUNIA BATIK & WAYANG KULIT
Motif batik dan maknanya sentiasa berubah seiring zaman hasil olahan dan interpretasi baharu seniman batik, yang mereka motif baharu atau memberi nafas baharu kepada motif lama. Sebahagian daripada mereka juga mencari cara baharu dan unik untuk berseni dengan batik. Salah seorang daripada mereka adalah Tumadi Patri, seorang seniman berasal dari Singapura.

Tumadi lulus dari Akademi Seni Halus Nanyang (NAFA) pada tahun 1986 dan dari Sekolah Seni Pa Lin pada 1991. Tumadi mula bereksperimen dengan batik seawal tahun 1983, dan menggabungkannya dengan wayang kulit – sebuah seni patung tradisional yang wujud dalam pelbagai budaya Asia Tenggara, termasuk budaya Jawa, Bali dan India – disebabkan asal usulnya sebagai orang Jawa dan sebagai penghormatan kepada datuknya, seorang tukang wayang kulit.
Untuk mengembangkan kemahiran beliau, pada tahun 1983, Tumadi mula belajar di bawah didikan pelukis mapan di APAD (Angkatan Pelukis Aneka Daya), salah satu persatuan seni tertua di Singapura. Beliau mengikuti kelas-kelas persatuan dan dibimbing oleh seniman mapan seperti Mohamed Abdul Kadir (Mohdir), Sarkasi Said and Sujak Rahman.
Tumadi juga telah ke Malaysia, Solo dan Yogyakarta, Indonesia, untuk mendalami ilmu pengetahuan tentang motif batik dan watak-watak wayang kulit, serta falsafah di sebaliknya. “Falsafah dengan ilmu identiti (motif dan watak), dan kisah-kisah wayang kulit memang saya rasa perlu untuk faham macam mana saya boleh gabungkan batik dan wayang kulit, untuk tunjukkan apa yang saya hendak gambarkan,” katanya dalam satu wawancara.

Beliau maklum bahawa itu bukanlah satu pendekatan biasa pada waktu itu. “Saya cuba. Walaupun ada tegahan daripada orang lain, saya cuba. Seni tak ada larangan, tak ada batas. Saya cuba. Kalau kita tak cuba, tak menjadi.”
Salah satu percubaan beliau ialah menggunakan bahan yang berbeza untuk patung wayang kulit, yang biasanya diperbuat daripada kulit binatang, khususnya kerbau. Beliau menampal patung-patung wayang kulit di atas kanvas dan mereka pakaian tradisional atau mewarnakan patung-patung wayang kulit dengan pewarna batik yang asli dan terang.

Rasa cinta Tumadi terhadap seni batik begitu mendalam sehingga dia pernah mengambil cuti daripada bekerja semata-mata untuk menghabiskan pesanan batiknya.
“Kebanyakan pesanan datang daripada cikgu-cikgu sekolah buat panduan untuk mengajar dalam kelas. Kebanyakan dia orang suka gambar kampung, bunga-bunga, binatang, kupu-kupu,” katanya.
Untuk mengiktiraf komitmen dan dedikasi beliau, Tumadi telah menerima pelbagai anugerah. Pada tahun 1990, beliau menerima hadiah Pujian Tertinggi di IBM Art Awards, dan Singapore Telecom Expression Art Competition pada tahun 1997. Beliau juga menerima Sijil Kepujian dalam peraduan seni kontemporari Yayasan Seni Philippe Charriol, Singapura pada tahun 1995.
Di samping itu, beliau mengadakan pameran solonya yang pertama pada tahun 2014 di DLR Gallery@Muse House. Sebelum itu, karya-karya beliau juga dipaparkan dalam pelbagai pameran tempatan dan antarabangsa di Netherlands, Australia, Malaysia dan Indonesia sejak 1980-an.
MEMBAYANGKAN SEMULA BATIK
Gabungan batik dan wayang kulit oleh Tumadi Patri juga berbeza dari segi penggunaaan warna terang dalam karya beliau. Selain menggabungkan dua seni tradisional, beliau menggunakan pewarna terang dalam karyanya, sedangkan kedua-dua seni biasanya menggunakan warna yang bersifat semula jadi dan berwarna tanah. Pemilihan ini berdasarkan beberapa sebab: untuk menghasilkan gaya kesenian yang tersendiri dan membawa seni batik dan wayang kulit ke persada dunia, yang lebih tertarik kepada warna-warna yang terang.

Warna juga memainkan peranan praktikal dan artistik. Warna dan imej mempunyai hubungan yang kuat, dan warna yang cerah dan kuat boleh menguatkan mesej di sebalik sesuatu karya, dan membuatnya “sempurna”.
“Wayang kulit ada Pak Dalang yang menceritakan. Jadi warna dalam batik dan wayang kulit itu penting dan menceritakan, macam Pak Dalang,” jelasnya.
Sebagai seorang seniman yang berkarya di Singapura, pengkaryaan wayang kulit beliau agak terbatas. Contohnya, patung wayang kulit secara tradisional menggunakan kulit binatang seperti kulit kerbau. Bahan ini merupakan satu ciri penting wayang kulit, menurut Tumadi. “Kulit kerbau dengan lembu boleh tahan lama. Itu yang ada nilainya. Wayang kulit sendiri boleh tahan selama beratus-ratus tahun kalau diperbuat daripada kulit binatang, lagi-lagi kalau dijaga.”
Bagaimanapun, menggunakan kulit binatang bukanlah satu pilihan yang wujud baginya di Singapura. Oleh itu, beliau menggunakan bahan-bahan lain, seperti kadbod tebal, untuk melukis patung-patung, yang dicat dan dikuatkan dengan varnis.
Tumadi bersikap optimistik tentang masa depan batik di tangan generasi yang akan datang, terutama sekali beberapa seniman muda yang menunjukkan potensi besar. Meskipun beliau mempunyai harapan bahawa batik boleh terus mekar di Singapura, beliau menekankan kepentingan mengembangkan seni batik dengan mendalam dan sempurna berdasarkan pemahaman falsafah dan simbolisme batik, yang merupakan ‘nadi’ kesenian tersebut.
MENGENAI PENULIS:

Nur Hikmah Md Ali ialah seorang penulis dan pemuisi. Beliau telah menulis beberapa puisi, komentar dan esei di pelbagai platform, termasuk Berita Mediacorp dan Yayasan Warisan Melayu. Pada tahun 2021, beliau telah dilantik sebagai Sahabat Sastera oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura. Beliau telah mengikuti program pementoran Majlis Buku Singapura (SBC) 2024 sebagai seorang menti dalam kategori puisi (Bahasa Melayu). Beliau juga seorang ahli Meja Conteng, sebuah kolektif penulis muda Melayu di Singapura.
Karya Nur Hikmah ditampilkan sebagai sebahagian daripada koleksi Sahabat Sastera dalam siri Perbualan Warisan Tidak Ternilai, kendalian Taman Warisan Melayu (MHC).

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.