Sejauh mana cabaran belia era 1990-an berbeza dengan rakan sebaya masa kini?

Untuk Hari Belia tahun ini, saya mengambil kesempatan untuk ambil tahu perbezaan cabaran dalam kehidupan seorang belia pada tahun 1990-an dengan golongan sebaya pada tahun 2023.
Kehidupan seorang belia tentunya sudah mengalami banyak perubahan sejak beberapa dekad yang lalu. Faktor-faktor seperti kemajuan teknologi, perubahan sosial dan juga keadaan global turut mencetuskan impak yang ketara pada pengalaman dan perspektif seorang belia.

ERA PENDIGITALAN
Penggunaan teknologi pada tahun 1990-an tidak sehebat dan secanggih sekarang. Ketika itu, akses kepada teknologi terhad dan gangguan digital pula tidak sekerap sekarang. Masalah seperti akses dan sumber daya digital yang terhad, belia pada zaman itu harus menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi yang pesat.
Namun dengan teknologi yang terus berkembang, walaupun ada manfaatnya, ramai belia ibarat 'ketagih' media sosial.

PERUBAHAN YANG KINI LEBIH BERDAYA SAING
Perbezaan cabaran pada keadaan ekonomi dan pekerjaan turut menjadi faktor yang amat penting.
Jika ingin dibandingkan, belia pada tahun 1990-an tentunya menghadapi cabaran mencari pekerjaan yang sesuai dengan cita rasa dan aspirasi mereka. Pasaran pekerjaan ketika itu lebih stabil dengan pekerjaan yang tertumpu kepada sektor-sektor tradisional.
Namun pada 2023, walaupun peluang pekerjaan semakin banyak, pasaran pekerjaan kini sangat dinamik.
Belia kini bukan hanya harus bersaing dengan penduduk tempatan, malah mereka harus menghadapi persaingan yang sengit untuk merebut pekerjaan disebabkan lebih ramai pekerja dari negara lain.

Tambahan pula dengan ketidakpastian ekonomi dan persaingan global tentunya ia menambahkan lagi tekanan pada generasi muda untuk mencapai kestabilan dan kemajuan profesional.
HARAPAN UNTUK BELIA PADA DEKAD AKAN DATANG
Makna di sebalik sambutan Hari Belia lebih daripada sekadar satu sambutan ataupun hari cuti.
Mantan Perdana Menteri Singapura Encik Lee Kuan Yew pernah berkata: “Pada yang muda dan yang tak begitu tua, saya katakan, lihatlah ufuk, ikuti pelangi."
Ternyata, setiap zaman memiliki cabarannya yang tersendiri. Ia penting bagi belia untuk menghadapi cabaran tersebut dengan ketahanan mental, penyesuaian dan pendekatan yang relevan.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.