Skip to main content

Nadi Kampus

Sarjana baharu TCM di NTU bakal latih mahasiswa rawat kes rumit, perkukuh keupayaan kajian

Anggaran Waktu Membaca:
Sarjana baharu TCM di NTU bakal latih mahasiswa rawat kes rumit, perkukuh keupayaan kajian

Klinik Perubatan Cina NTU. (Gambar: anim farm/Google)

SINGAPURA: Program ijazah sarjana baharu perubatan tradisional Cina, atau T-C-M bermatlamat melahirkan mahasiswa berkemahiran untuk mengendalikan kes-kes yang lebih rumit serta mengukuhkan keupayaan penyelidikan.

Ditawarkan oleh Universiti Teknologi Nanyang (NTU), ia merupakan program pasca siswazah pertama dalam bidang perubatan Cina yang ditawarkan oleh universiti tempatan.

NTU menarik perhatian kepada jumlah permohonan yang memberangsangkan bagi kursus TCM sarjana mudanya.

Program sarjana yang baharu itu akan bermula tahun depan, dan mengambil masa dua tahun untuk mahasiswa yang menuntut secara sambilan, dan setahun bagi mahasiswa sepenuh masa.

Kursus itu terbuka kepada graduan TCM, serta pengamal perubatan dan pergigian TCM,
dengan sekurang-kurangnya 21 mahasiswa diperlukan untuk membentuk kohort pertama.

Para mahasiswa akan memulakan pengajian mereka dengan kursus-kursus teras, sebelum memilih untuk menceburi kepakaran khusus dalam bidang akupunktur, sains bioperubatan atau perbidanan.

NTU juga bekerjasama dengan Universiti Perubatan Cina Beijing untuk menubuhkan makmal bersama, yang akan menggunakan AI bagi penyelidikan TCM dan merawat penyakit kronik.

Matlamatnya adalah untuk memberikan rawatan khusus dan meramalkan trend penyakit.
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita