Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

SAJAK: 'Z'

Anggaran Waktu Membaca:
SAJAK: 'Z'

Gambar hiasan. (Gambar: Martin Sanchez/Unsplash)

Diterbitkan : 22 Oct 2022 09:25PM Dikemas Kini : 22 Oct 2022 09:25PM
Tulus kepada Z
kita sesat mengikuti peta
destinasi yang belum dimiliki
malah jika pengakhiran itu wujud
impian yang dibina sejak rebung sudah larut ke udara, kasar kusut.

Tidak dinafikan, perjalanan ini jauh kawan, kita ditemani pelbagai karenah
fikirkanlah, baikkah bianglala yang timbul?

Warna-warna yang dibanggakan antariksa
banyak yang terdedah kepada sukma
yang pada mulanya sesuci kain putih, titik-titik kesan yang ditinggalkan oleh kasut bernama, tidak berharga
kita bukan pengikut.

Ciptalah identiti
tersendiri. Pancarkan matlamat hidup kita
seolah-olah sinar syamsi, menerangi dan memberi.

Masyarakat yang mengelirukan antara Tuan & Puan
kukuhkan pendapat dan pegangan, jangan diruntuhkan
kita sepatutnya cuba memudahkan yang merumitkan,
mendengarkan tetapi memekakkan kata-kata
yang kejam, kehilangan makna, mematahkan
di belakang kaca yang dipantau kita setiap saat, setiap jam, masa berlalu.

Dewasa yang mutlak, jangan dipersia-siakan masa ini, Z
matangkan minda, tentukan arah, belia.

Kita tidak seorang diri, sebab itulah miliki identiti tersendiri, sedar akan perubahan dunia, ubahlah jika perlu.

Belia-belia, mainkanlah peranan kita.

CETUSAN KARYA:
Sajak ini adalah sentuhan ilham Dyan Nurqaisara Nurazhar dari Institusi Raffles (RI).
Sumber : BERITA Mediacorp/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa