Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

SAJAK: 'Warkah dan Tinta'

Anggaran Waktu Membaca:

WARKAH dan Tinta Saling mengejar kerjaya
Tak pernah henti walau seketika
Ada sahaja yang meminta 
Mesra. 
Ceria. 
Bahagia.

Warkah dan Tinta 
Ditinggalkan begitu sahaja 
Tiada upacara sisa 
Angkara Manusia
Yang angkuh dengan kejayaan 
Yang bongkak dengan kemodenan 
Yang sombong dengan kemewahan 
Sekarang terus berjaya
Kehadapan kian membara 
Melupakan kulit yang sentiasa jaga 
Sakit. 
Pedih. 
Siksa.

Warkah dan Tinta
Kini menerima hakikat Dunia
Meneroka keindahan rahsia
Apakan daya?
Tak bisa berkata
Diam membisu tak berdaya
Surat berisi luahan jiwa
Hai Alam Semesta!
Bagaimana Kau tega?
Mendahulukan Dia lebih dari Kita..

CETUSAN KARYA:
Sajak ini adalah sentuhan ilham Safiyyah Bte Muhammad Saiful ‘Adli, penuntut Pra-U2 Tahun 2022 Madrasah Alsagoff Al-Arabiah.

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan