SAJAK: ‘Wabak Tidak Menjadi Alasan’
WABAK melanda seluruh dunia
Ketakutan menakluki minda manusia
Sang rumah menjadi teman setia
Tiada siapa yang berani keluar
Jarak dijaga di luar sana
Pelitup muka menjadi keperluan
Kes jangkitan semakin bertambah
Dunia tidak bersedia menghadapinya
Namun kehidupan tidak berhenti di sini
Wabak memberi permulaan hidup baharu
Kebersihan sentiasa dijaga
Kesihatan juga tidak dilupa
Sifat amanah harus diterapkan
Dalam mematuhi langkah-langkah baharu
Demi menjaga keselamatan diri
Dan juga keselamatan yang disayangi
Rasa rindu terlahir di hati
Buat masa-masa yang diluang
Tanpa sekatan dan halangan
Bersama ahli keluarga dan rakan
Wabak tidak menjadi alasan
Alat canggih menjadi penyelamat Menghubungi manusia sesama manusia Baik untuk kerja
Mahupun untuk sekolah
Oleh itu wahai rakan Jangan biarkan wabak ini
Menghentikan putaran kehidupan
Teruskan kehidupan Namun jangan lupa
Untuk menjaga kesihatan dan juga kebersihan
CETUSAN KARYA:
Sajak ini adalah sentuhan ilham Salihah Abdul Mutalib, penuntut Pra-U2 Tahun 2021 Madrasah Alsagoff Al-Arabiah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.