Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

SAJAK: 'Terowong Waktu'

Anggaran Waktu Membaca:

Terowong 
Gelap dan panjang 
Menebros tanah
Cahaya samar di satu sudut 
Tika tanah ditimpa hujan
Air deras bertakung 
Waktu berdetik sehinggakan
lama-kelamaan,
Atma berenang dalam lumpur 

Terowong malap
Mungkin sahaja pentakrifan kebencian diri 
Mengaburi daya tahan dalam hati 
Ibarat tukusan yang menerpa dada
Melakar cabikan parut bernoda 
Yang mematahkan dia
Dan meninggalkan dia patah;
Mendekatkan yang jauh
Dan menjauhkan yang dekat 

Terowong semakin hitam.
Hujung semakin jauh di luar jangkauan 
Namun penghujung semakin hampir 
Seolah-olah memanggil-manggil 

Terowong kemurungan.
Atma yang pernah berenang dalam lumpur 
Kini tenggelam dan tersembam oleh bah 
yang berlumuran parasit kotor
Tidak!
Dia tidak kemurungan
Dia hanya pengembara yang lelah 
Dek tercari-tercari 
Di mana letaknya keadilan 
Antara ruangan sempit dalam terowong
Yang dihimpit kekontangan
Sebab menemui jalan buntu,
Dia membuntukan jalan.

CETUSAN KARYA:
Sajak ini adalah sentuhan ilham Arifah Zaidi

Sumber : BERITA Mediacorp/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan