Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

SAJAK: 'Pokok Hati'

Anggaran Waktu Membaca:
SAJAK: 'Pokok Hati'

Gambar hiasan. (Gambar: Fa Barboz/Unsplash)

Diterbitkan : 26 Nov 2022 08:28PM Dikemas Kini : 26 Nov 2022 08:29PM
Akar pokok hatimu
sulaman nasihat ibu bapa
Batang pokok hatimu
pabila mekarnya jiwa dan minda
Daun-daun pokok hatimu
hasil usahamu yang gigih
yang sentiasa memastikan
yang sentiasa mewarnakan
demi kehidupan yang lebih bermakna

Kalau hatimu suci
pokok hati akan tumbuh
membesar berbuah
masak dan ranum
dikagumi, mengundang iri

Kalau hatimu hitam
layulah daun-daunmu
ibarat kembara di tanah gersang
mendahagakan setitis air
mengharapkan seteguk kasih
mengimpikan segunung sayang

Usahlah kamu berdolak-dalih
tebanglah batang pokokmu
pabila tersilap langkah
hapuskan egomu
bukalah lembaran baru
moga tumbuh menghijau
Pokok hatimu itu

Janganlah kamu berdendam
atau busuk hati
melihat orang lain
kerana satu hari nanti
akan memakan diri sendiri.

CETUSAN KARYA:
Sajak ini adalah sentuhan ilham pemenang tempat kedua pertandingan Hadiah Sulam Kalam anjuran PERBAYU NIE/NTU bagi peringkat institusi pengajian tinggi.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa