SAJAK: 'Pengembara Yang Bernyala'
Anggaran Waktu Membaca:
Dalam hidup kita berusaha,
Berjumpa dengan ramai pengembara,
Namun, tiada satu yang sama,
Kemahiran kita semuanya istimewa.
Jiwa yang teguh membina asas berlapisan
Mengawal emosi pandai cendekiawan
Namun, perisai juga ada kelemahan
Apakah pertandingan tanpa perbezaan?
Anugerah diberi yang menahan pedihnya,
Dan melalui jalan yang berduri untuk melihat cahaya,
Tak peduli jikalau tidak ke mata ramai kelihatan daya upayanya,
Ketahuan pula yang hati berdegup selamanya.
Bagi yang tidak berkuasa,
Tiada pilihan untuk mengelaknya,
Tidak mungkin isu yang tiba
Tertulis melebihi kebolehan kita.
Mungkin api kelihatan terpadam,
Tetapi api masih bernyala seperti bintang di langit malam,
Walaupun kecil, terang benderang
Mampulah ia untuk berkembang.
Semangat tiada mudah luntur,
Bagaikan kayu sejak awal umur
Ke waktu ia menjadi alat mengukur.
Walau dihancur
Cerita lanjut pasti akan bercahaya.
CETUSAN KARYA:
Sajak ini adalah sentuhan ilham pemenang tempat ketiga pertandingan Hadiah Sulam Kalam anjuran PERBAYU NIE/NTU bagi peringkat sekolah menengah.
Berjumpa dengan ramai pengembara,
Namun, tiada satu yang sama,
Kemahiran kita semuanya istimewa.
Jiwa yang teguh membina asas berlapisan
Mengawal emosi pandai cendekiawan
Namun, perisai juga ada kelemahan
Apakah pertandingan tanpa perbezaan?
Anugerah diberi yang menahan pedihnya,
Dan melalui jalan yang berduri untuk melihat cahaya,
Tak peduli jikalau tidak ke mata ramai kelihatan daya upayanya,
Ketahuan pula yang hati berdegup selamanya.
Bagi yang tidak berkuasa,
Tiada pilihan untuk mengelaknya,
Tidak mungkin isu yang tiba
Tertulis melebihi kebolehan kita.
Mungkin api kelihatan terpadam,
Tetapi api masih bernyala seperti bintang di langit malam,
Walaupun kecil, terang benderang
Mampulah ia untuk berkembang.
Semangat tiada mudah luntur,
Bagaikan kayu sejak awal umur
Ke waktu ia menjadi alat mengukur.
Walau dihancur
Cerita lanjut pasti akan bercahaya.
CETUSAN KARYA:
Sajak ini adalah sentuhan ilham pemenang tempat ketiga pertandingan Hadiah Sulam Kalam anjuran PERBAYU NIE/NTU bagi peringkat sekolah menengah.
Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.