Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

SAJAK: 'Melayu melayu'

Anggaran Waktu Membaca:
SAJAK: 'Melayu melayu'

Gambar hiasan. (Gambar: Jordan Wozniak/Unsplash)

Diterbitkan : 27 Aug 2022 09:30PM Dikemas Kini : 27 Aug 2022 09:31PM
Aku anak Melayu
Yang tak gentar dihembus angin menderu-deru
Yang ungkapan kataku halus bak hujung sembilu
Dek sulaman kata-kata hiasan melulu
Benar, aku tak segagah Hang Tuah
Tak sehebat Hang Jebat
Tapi semangat di dadaku menjadi pemacu

Tinggilah tinggi puncak Gunung Mahameru
Tinggilah lagi maruah bangsaku
Usah biar Melayu melayu
Beralih musim ia layu
Bersalin baju ia terpelanting
Berkisar duduk ia beralih

Kini abad ke-dua puluh satu
Aku anak Melayu
Yang tampil sebagai ayam tambatan
Jangan biar aku dipulaukan
Tatkala seni warisan satu perjuangan
Bukannya adat untuk diperdagangkan
Selagi hayat dikandung badan
Adat resam akan aku martabatkan

Kalau api pun boleh semarak
Apatah lagi warisan nenek moyang kita!

Aku anak Melayu
Kalau bukan aku, siapa lagi?
Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Melayu
Oh tidak,
Melayu tidak akan melayu.

CETUSAN KARYA:
Cerpen ini adalah sentuhan ilham Arifah Zaidi dari Maktab Rendah Kebangsaan.
Sumber : BERITA Mediacorp//fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa