SAJAK: 'Mati dalam hidup'
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan. (Gambar: Paper Tyari)
SAJAK: 'Mati dalam hidup'
Embun dah berlalu mengering
Syamsi menengak tak lagi miring
masih lena di atas keranda
Dikafani ilusi fantasi.
Anak jam menanti-nanti
Untuknya mengisi hari
Menukar kompas insani
semua dah kejar bertubi
Hai teruna dara
Bernafaslah di dunia
sedarlah daripada igauan loka
candak tunas kisah semasa
Andai nak melangkah
berani pijak tanah bernanah
rentas semak berliku
usah hirau tapak kematu
Bukan hidup kalau tak memacu
Mati dalam hidup itu malu
Demi tiwikrama yang jitu
demi manusia yang dirgahayu
Amirul Hakim
Universiti Malaya
CETUSAN KARYA:
Sajak ini adalah sentuhan ilham mahasiswa Singapura Amirul Hakim yang menuntut di Universiti Malaya.
Embun dah berlalu mengering
Syamsi menengak tak lagi miring
masih lena di atas keranda
Dikafani ilusi fantasi.
Anak jam menanti-nanti
Untuknya mengisi hari
Menukar kompas insani
semua dah kejar bertubi
Hai teruna dara
Bernafaslah di dunia
sedarlah daripada igauan loka
candak tunas kisah semasa
Andai nak melangkah
berani pijak tanah bernanah
rentas semak berliku
usah hirau tapak kematu
Bukan hidup kalau tak memacu
Mati dalam hidup itu malu
Demi tiwikrama yang jitu
demi manusia yang dirgahayu
Amirul Hakim
Universiti Malaya
CETUSAN KARYA:
Sajak ini adalah sentuhan ilham mahasiswa Singapura Amirul Hakim yang menuntut di Universiti Malaya.
Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.