Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

SAJAK: 'Kutumpahkan Darah Kelabu'

Anggaran Waktu Membaca:
SAJAK: 'Kutumpahkan Darah Kelabu'

Bendera Singapura. (Gambar: Justin Lim/Unsplash)

Patriotisme di dada belum lagi membara
Menimbulkan tanda tanya
Sebuah krisis identiti
Kerana ini bukanlah tanah air baharu
Telah pulang ke asal-usulnya
Masih samar tak kunjung tiba

Aku dambakan kesetiaan yang tidak erti mati
Mahu memperjuangkan segalanya
Rela mengorbankan semahunya
Ingin membanggakan negaraku
Jiran tetangga takkan sempurna
Tetapi aku tidak dapat lupakan jasa mereka
Masih sukar kupinggirkan rasa cinta

Diturunkan dari panji bendera
Dilipat kemas dan dibelai seketika
Mungkin semangat belum berkobar tidak salah
Kerana mungkin patriotisme harus disemai secara bertahap
Agar suatu hari nanti,
aku menumpahkan darah merah dan putih sahaja.

CETUSAN KARYA:
Sajak ini adalah sentuhan ilham Muhammad Hazwani Danish Mohammed Nafis dari Raffles Institution (RI).
Sumber : BERITA Mediacorp//fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan