SAJAK: 'Ku Tanyakan'
Anggaran Waktu Membaca:
Langit ialah gumpalan-gumpalan rahsia
Yang mencegat kemanusiaan
Saat dingin dikumpulkan
Menimbunku di malam kemarau
Membuat kita begini gelisah
Bagaimana cara untuk percaya
Pada cerita dan doktrin
Yang kau kupas tentang diri Tuhan
Langit adalah hujung waktu yang kelabu
Seorang anak kecil terbatuk-batuk tua
Asing dan risau.
Terlempar dari kekekalan waktu
Berjalan amat jauh
Putus asa di ambang cakerawala
Geram dan kemarahan
Menggoncang jiwa kehidupan
Dunia hanya hiasan, senda gurau dan permainan
Kau sudah di dunia kenapa kau masih kejar lagi
Kau cuma singgah di bumi, kenapa kau sangka rumah sejati.
CETUSAN KARYA:
Sajak ini adalah sentuhan ilham Nabila Maharani Respatria dari
Maktab Rendah Kebangsaan
Yang mencegat kemanusiaan
Saat dingin dikumpulkan
Menimbunku di malam kemarau
Membuat kita begini gelisah
Bagaimana cara untuk percaya
Pada cerita dan doktrin
Yang kau kupas tentang diri Tuhan
Langit adalah hujung waktu yang kelabu
Seorang anak kecil terbatuk-batuk tua
Asing dan risau.
Terlempar dari kekekalan waktu
Berjalan amat jauh
Putus asa di ambang cakerawala
Geram dan kemarahan
Menggoncang jiwa kehidupan
Dunia hanya hiasan, senda gurau dan permainan
Kau sudah di dunia kenapa kau masih kejar lagi
Kau cuma singgah di bumi, kenapa kau sangka rumah sejati.
CETUSAN KARYA:
Sajak ini adalah sentuhan ilham Nabila Maharani Respatria dari
Maktab Rendah Kebangsaan
Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.