SAJAK: 'Jendela Senja'
Anggaran Waktu Membaca:
Pengorbananmu ibarat sebuah perjuangan
Kasih sayangmu
Ibarat lautan yang luas terbentang
Nasihatmu menjadi pedoman hidupku
Kata-kata semangatmu seperti bara yang menyala
Untuk aku bangkit menghadapi segala rintangan
Air mataku
Mengalir mengiringi bait-bait doaku
agar dirimu, dikurniakan dengan kesejahteraan
Setiap senja aku akan sentiasa menanti kepulanganmu di jendela
Hatiku berdetik kegirangan
Apabila mendengar deruan motosikalmu
Beribu-ribu pertanyaan menyelubungi benak fikiranku
Adakah aku mampu hidup tanpamu?
Adakah aku mampu membalas segala jasa dan pengorbanannya?
Aku berjanji dalam diriku
Untuk membalas segala jasamu
Ketika saat dirimu meniti usia senja ........
CETUSAN KARYA:
Sajak ini adalah sentuhan ilham Ummi Umairah Rosdin dari Maktab Rendah Yishun Innova
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.