SAJAK: Belanga Kehidupan
Anggaran Waktu Membaca:

Pendaki gunung. (Gambar hiasan: iStock)
"Ini bahan-bahannya, masukkanlah"
Kunyit, ketumbar, lada
Kesemua ronanya berbeza
Belanga membaurkan rempah
Persis kehidupan mengaduk siasah
Manusia mengulit perjuangan
Meniti peta petualangan
Kabur ditelan kerakusan
Caturan minda tidak keruan
"Ini senduknya, gaullah"
Yang masa dini berbeza,
Masa kini kian berpadu
Anasir mengheret tingkah laku
Pegangan diusung hembusan bayu
Masa lini? Entah siapa yang tahu
"Itu gumpalan asap, matikanlah!"
Berbuih tak semestinya mendidih
Mungkin sahaja bendasing atau kekotoran di dalam belanga tidak diselenggarakan
Api lekas dihapuskan
Cemas kepulan asap berbebaran
Bebahangnya mengasak kesedaran
-Masih mentah bahan-bahan-
Atma bergejolak dek kedunguan
Jiwa hancur lumat menggeletak di persisiran
Hamparan hati menggali jati diri
Pegangan diri beransur pergi
Kehidupan tanpa pegangan bagai urat tidak bernadi
Hanya kekontangan jiwa bersemi.
CETUSAN KARYA:
Puisi ini adalah sentuhan ilham Arifah Zaidi, 22 tahun, yang merupakan mahasiswa Tahun 2 di Universiti Perubatan Antarabangsa, Malaysia (IMU).
Kunyit, ketumbar, lada
Kesemua ronanya berbeza
Belanga membaurkan rempah
Persis kehidupan mengaduk siasah
Manusia mengulit perjuangan
Meniti peta petualangan
Kabur ditelan kerakusan
Caturan minda tidak keruan
"Ini senduknya, gaullah"
Yang masa dini berbeza,
Masa kini kian berpadu
Anasir mengheret tingkah laku
Pegangan diusung hembusan bayu
Masa lini? Entah siapa yang tahu
"Itu gumpalan asap, matikanlah!"
Berbuih tak semestinya mendidih
Mungkin sahaja bendasing atau kekotoran di dalam belanga tidak diselenggarakan
Api lekas dihapuskan
Cemas kepulan asap berbebaran
Bebahangnya mengasak kesedaran
-Masih mentah bahan-bahan-
Atma bergejolak dek kedunguan
Jiwa hancur lumat menggeletak di persisiran
Hamparan hati menggali jati diri
Pegangan diri beransur pergi
Kehidupan tanpa pegangan bagai urat tidak bernadi
Hanya kekontangan jiwa bersemi.
CETUSAN KARYA:
Puisi ini adalah sentuhan ilham Arifah Zaidi, 22 tahun, yang merupakan mahasiswa Tahun 2 di Universiti Perubatan Antarabangsa, Malaysia (IMU).
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.