SAJAK: 'B-E-L-I-A'

Gambar hiasan. (Gambar: Marc-Olivier Jodoin/Unsplash)
Bakal menjadi pemimpin negara?
kata mereka,
sedarlah tanggungjawab yang bakal kau tanggung!
tika masih dibuai mimpi,
disuruh aku pula berlari, sedang aku masih bertatih,
diarahkan pula menggegarkan dunia.
Engkau dan aku
pernah melalui zaman ini,
masih belajar, disuruh mengajar?
kadang lemas, memenuhi harapan
untuk keluarga, untuk negara, untuk diri kita,
yang digelar belia.
Lagu ‘Semoga Bahagia’
menjadi pegangan anak muda,
dipesan supaya menjaga bahasa & budaya
nilai dan harga di mata dunia,
menjadi sasaran masyarakat kita
Impian menjadi kenyataan
dalam kekontangan, belia harus maju ke hadapan
jangan pernah menyerah kalah,
kerana kita tidak boleh mengalah
rugi, dianggap lemah
Aku adalah belia
yang selalu bercita-cita
aku adalah belia
yang tahu jati diri dan hati,
tapi aku juga manusia,
yang kadang masih mencari….
CETUSAN KARYA:
Sajak ini adalah sentuhan ilham Nur Izzati Insyirah Muhammad Iskandar dari Maktab Rendah Tampines Meridian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.