Rakyat muda SG mahu bersara awal dengan gaya hidup $6,000 sebulan tapi bimbang tidak mampu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kebanyakan rakyat Singapura dalam kalangan usia 20an bimbang mereka tidak mampu membeli rumah dan tidak dapat bersara. Namun ada dalam kalangan mereka yang menginginkan gaya hidup persaraan, yang boleh menelan belanja hampir S$6,000 sebulan.
Ini merupakan dapatan tinjauan yang dijalankan baru-baru ini oleh bank OCBC. Indeks Kesejahteraan Kewangan 2022 OCBC, yang diterbitkan pada Selasa (22 Nov) berdasarkan maklum balas daripada 2,182 orang dewasa yang bekerja di negara dan berumur antara 21 dengan 65 tahun. Tinjauan itu dijalankan melalui borang online pada Ogos tahun ini.
Dalam tinjauan tersebut, responden diberi tiga pilihan dan mereka harus memilih satu gaya hidup yang mereka mahukan sewaktu persaraan, dari "biasa" ke "mewah".
Gaya hidup biasa memerlukan sekitar S$2,500 sebulan untuk keperluan berikut:
Memiliki dan hidup di sebuah flat yang dibina pemerintah
Menaiki pengangkutan awam
Memanfaatkan jagaan kesihatan awam
Tidak menggunakan khidmat pembantu rumah
Melancong dua kali dalam setahun, di rantau ini
Gaya hidup sederhana pula memerlukan sekitar S$3,200 sebulan untuk perbelanjaan berikut:

Menaiki teksi atau memiliki kereta sederhana
Membiayai perubatan dan rawatan di klinik biasa (doktor privet) dan hospital awam
Mengajikan pembantu rumah sambilan
Melancong tiga kali dalam setahun, di rantau ini
Gaya hidup mewah memerlukan hampir S$6,000 sebukan untuk perbelanjaan berikut:
Memiliki dan tinggal di rumah privet
Memiliki kereta mewah
Mampu membiayai jagaan kesihatan privet
Menggajikan pembantu rumah sepenuh masa
Mampu membiayai pelbagai pengalaman gaya hidup dan kesejahteraan
Melancong ke destinasi antarabangsa dua kali setahun
Sebanyak 34 peratus individu dalam lingkungan usia 20an dan 28 peratus individu dalam lingkungan umur 30an memilih gaya hidup mewah.
Sebagai perbandingan, 21 peratus daripada mereka yang dalam lingkungan usia 40an dan 22 peratus daripada mereka yang berumur 50an memilih gaya hidup mewah.
Indeks tahunan OCBC itu pertama kali dilancarkan pada 2019 untuk memahami tahap kesejahteraan kewangan dalam kalangan rakyat Singapura.
Chin Mun Hong, ketua matlamat pasaran OCBC, berkata sewaktu taklimat media pada Selasa (22 Nov) bahawa jangakaan responden muda untuk "bersara dengan gaya" mungkin menjelaskan mengapa 62 peratus daripada mereka yang berumur 20an bimbang mereka tidak mampu bersara.
Beliau menambah bahawa laporan itu juga menunjukkan bahawa golongan muda mengalami tahap “tekanan gadai janji” yang lebih tinggi berbanding mereka yang lebih tua, dengan 56 peratus responden berusia 20an bimbang mereka tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri.
Tekanan gadai janji, seperti yang ditakrifkan oleh bank, meliputi pelbagai makna — daripada mampu membayar balik ansuran bulanan pinjaman hartanah tepat pada masanya dengan sedikit kesukaran kepada tidak mampu sepenuhnya menampung pinjaman sehingga pemilik rumah terpaksa menjual rumah atau berpindah ke rumah lebih kecil. Lapan peratus daripada pemilik rumah di Singapura tahun ini jatuh ke dalam spektrum yang paling teruk ini, kata OCBC.
PELABUR MUDA MASIH TERTARIK DENGAN KRIPTO
Encik Chin berkata bahawa ketakutan dan tekanan tentang kemungkinan mereka tidak mampu bersara mendorong beberapa warga Singapura yang lebih muda untuk melabur dalam portfolio berisiko tinggi, termasuk dalam bentuk mata wang kripto baru.
Walaupun risiko tinggi dan tidak menentu yang terlibat dalam kebanyakan pelaburan mata wang kripto yang tidak dikawal, golongan muda masih mahu melakukannya kerana mereka percaya mereka boleh memperoleh pulangan yang sama tinggi dalam masa yang singkat.
Dapatan tinjauan itu menunjukkan bahawa bagi responden yang melabur dalam mata wang kripto tahun ini:
18 peratus meupakan mereka yang berumur 20an
14 peratus berumur 30an
9 peratus berada dalam lingkungan 40an
7 peratus berumur 50an
Walaupun bilangan golongan muda yang melabur dalam mata wang kripto berosot dari tahun lalu sebanyak enam hingga tujuh peratusan mata, Encik Chin berkata bahawa trend itu membimbangkan disebabkan risiko tinggi dan sifat pelaburan sedemikian yang sangat tidak menentu.
“Belia dalam lingkungan usia 20an tahun yang melabur dalam kripto dan mengalami kerugian kehilangan kira-kira 40 peratus daripada jumlah pokok mereka.
“Namun, kami melihat bahawa mereka masih mahu melabur dalam kripto, dengan 39 peratus pelabur kripto berusia 20an menyatakan bahawa mereka berkemungkinan melabur lebih banyak (dalam kripto) dalam tempoh 12 bulan akan datang,” tambah Encik Chin.
Selain itu, hanya 36 peratus responden berumur 20an dan 38 peratus daripada mereka yang berumur 30an berada di landasan yang betul untuk mencapai matlamat pelaburan mereka — ini menunjukkan kemerosotan ketara masing-masing dari 75 peratus dan 66 peratus pada 2019.
Encik Aaron Chwee, ketua penasihat kewangan OCBC, berkata dalam taklimat media itu bahawa golongan muda lebih cenderung melabur dalam portfolio berisiko tinggi sebagai cara memperoleh "wang mudah".
“Mereka berfikir bahawa jika mereka mengambil lebih banyak risiko, mereka boleh menyingkatkan perjalanan ke arah persaraan... Ia masuk akal untuk generasi muda mengambil lebih banyak risiko kerana mereka mempunyai masa depan lebih panjang, tetapi pada masa yang sama, salah satu masalah yang timbul adalah pelaburan mereka mungkin tidak dipelbagaikan.
"Hasilnya ialah mereka lebih jauh daripada kesejahteraan kewangan berbanding rakan-rakan mereka yang lebih tua."
Encik Chwee menambah bahawa kemungkinan sebab mengapa golongan muda mencari pulangan yang tinggi secepat mungkin adalah kerana mereka merancang untuk bersara awal.
Dapatan tinjauan itu menunjukkan bahawa golongan muda menjangkakan untuk bersara sekurang-kurangnya 10 tahun lebih awal daripada usia pengambilan bekerja semula — iaitu sehingga 68 tahun sekarang — berbanding mereka yang berumur 40an tahun dan ke atas, yang menjangkakan untuk bersara antara 61 dengan 65 tahun.
Cik Tan Siew Lee, ketua pengurusan kewangan OCBC, berkata dalam satu kenyataan media bahawa anak muda Singapura perlu melihat jangka panjang, mendapatkan nasihat profesional dan sentiasa melakukan kajian sebelum melabur.
"Tiga perkara penting yang perlu diingat oleh semua rakyat Singapura ialah: Menyimpan dengan tekun, melabur secara berhemat dan mempunyai insurans yang mencukupi. Jika mereka lakukan tiga perkara ini, dan jika mereka teruskan tabiat kewangan yang baik, mereka boleh menjadi lebih kuat pada masa akan datang," tambahnya .

Sumber : Today/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.