PUISI: 'Ramadan Termulia'

(Gambar: Adek Berry/AFP)
Bulan Ramadan bulan mulia
bulan dipenuhi dengan rahmah
bulan Ramadan telah tiba
sekaranglah waktu untuk memohon afwa
Di bulan yang termulia ini
ucapan salam dan sejahtera
buat Muslimin yang taat dan setia
amalanmu kelak tiada tersia
Purnama yang termulia
dudukmu ‘kan lama di sini
aku sudah bersiap sedia
besarnya tempatmu di hati ini
Salam sejahtera bulan Ramadan
bulan mulia bulan suci
terasa lama kau kembali
masukkanlah ku dalam dakapanmu lagi.
CETUSAN KARYA:
Puisi ini adalah sentuhan ilham pelajar Menengah 2, Rifa Adriana, dari Madrasah Alsagoff Al-Arabiah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.