PUISI: 'Ketika Cahaya Muharam Menuntun Jejak Hijrah Hati'
Muharam bukan sekadar pergantian tahun. Ia adalah undangan untuk pulang kepada diri yang lebih baik. (Gambar hiasan: Canva)
This audio is generated by an AI tool.
aku berdiri di antara yang telah pergi
dan yang belum datang.
Di belakangku,
ada jejak-jejak waktu yang tertinggal;
langkah yang pernah ragu,
doa yang belum sempurna,
serta harapan yang kadang jatuh
di tengah perjalanan.
Di hadapanku,
terbentang jalan yang belum ku tahu hujungnya.
Hanya ada langit yang sama,
dan waktu yang terus berjalan
tanpa pernah menoleh ke belakang.
Lalu Muharam datang.
Ia tidak mengetuk pintu dengan suara keras,
melainkan menyentuh hati
dengan kelembutan yang sulit dijelaskan.
Seolah berkata,
bahawa setiap manusia
berhak memulai kembali.
Maka ku pandang diriku
dalam cermin hati.
Ku lihat kesalahan yang pernah ku sembunyikan,
kesombongan yang pernah ku bela,
dan luka yang selama ini ku bawa
tanpa pernah benar-benar ku lepaskan.
Namun di sana,
aku juga menemukan sesuatu:
cahaya.
Kecil,
namun cukup untuk menunjukkan arah.
Seperti pelita yang menyala
di awal tahun,
ia tidak menghapus gelap seketika,
tetapi mengajarkanku cara berjalan
tanpa kehilangan harapan.
Saat waktu bernama Muharam,
aku mengerti bahawa hijrah
bukan sekadar perpindahan langkah.
Hijrah adalah keberanian
untuk meninggalkan diri yang lama.
Meninggalkan amarah
menuju sabar.
Meninggalkan keluh
menuju syukur.
Meninggalkan lalai
menuju ingatan kepada Tuhan.
Dan setiap perubahan itu
bermula dari hati.
Muharam mengalir
seperti sungai yang membawa harapan.
Ia melewati kenangan,
menyentuh penyesalan,
lalu membawa semuanya
menuju muara yang lebih tenang.
Di atas alirannya,
serpih-serpih cahaya berkilauan.
Cahaya doa.
Cahaya ampunan.
Cahaya harapan.
Cahaya yang membuat seseorang percaya
bahawa esok masih layak diperjuangkan.
Lalu fajar pertama Tahun Hijriah pun tiba.
Langit membuka warna-warna baharu,
sementara Bumi menyambut pagi
dengan keheningan yang penuh makna.
Dan aku memahami satu hal:
bahawa setiap Muharam
bukan sekadar pergantian tahun.
Ia adalah undangan.
Undangan untuk pulang
kepada diri yang lebih baik.
Undangan untuk menata kembali niat,
memperbaiki langkah,
dan mendekat kepada Tuhan
dengan hati yang lebih bersih.
Maka ketika Muharam mengetuk hati,
aku tidak meminta jalan yang mudah.
Aku hanya memohon
agar cahayaNya tetap menyertai langkah ku.
Kerana selama cahaya itu masih ada,
aku akan terus berjalan.
Terus berhijrah.
Terus bertumbuh.
Dan terus percaya,
bahawa setiap awal yang baik
akan selalu menemukan akhir yang indah.
Puisi ini adalah karya Dadan Nugraha dari Banten, Indonesia. Beliau minat melukis dan menulis.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.