Skip to main content

Nadi Kampus

PUISI: Guru Mutu Nan Satu

Anggaran Waktu Membaca:
PUISI: Guru Mutu Nan Satu

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 04 Sep 2026 10:14AM
SINGAPURA:

Guru itu Pendidik Setia
Mengajar memupuk itulah kerja
Agar terbangun setiap siswa
Tersemat ilmu jiwa dan raga

Guru itu Pembimbing Tekad
Mengajar mendidik tak kenal penat
Ilmu pengetahuan tinggi matlamat
Itulah pembekal sepanjang hayat

Guru itu Teladan Berbangsa
Menjadi contoh pandai berbahasa
Mengajarkan kita bertimbang rasa
Agar terdidik sempurna manusia

Guru itu Pengaju Hikmah
Hidup dipandu rasa muhibah
Sesama manusia ramah dan tamah
Rasa prihatin tulus bertambah

Guru itu Penggalak Usaha
Agar kemajuan diraih jaya
Bakat dan kerja terpadu sama
Moga hidup beroleh nama

Guru itu Penegas Tertiban
Dengan masa mesti tepatan
Pada janjian mesti kotakan
Bila bergaul tunjuk sopanan

Guru itu Pelantun Adab
Ilmu dan amal diberi tempat
Pandai budaya menghormat adat
Hidup berbudi mencari berkat

Guru itu Pengibar Kemanusiaan
Dididik kita nilai keadilan
Merangkul perbedaan dan kesamarataan
Semangat berbagi dan kedamaian

Itulah antara mulia sifat
Pada guru pembakti taat
Merekalah menjadikan kita cukup sifat
Agar hidup berkat selamat

Hari Guru disambut kini
Guru Nan Satu termulia peri
Guru Nan Mutu anugerah Ilahi
Kita tabik terhormat sekali.

Selamat Hari Guru.

Kurangkan Artikel

MENGENAI PENULIS:

Dr Azhar Ibrahim Alwee ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Melayu, NUS. Beliau juga Naib Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Ketua Perwakilan MASTERA Singapura. Dr Azhar juga merupakan Naib Pengerusi Yayasan Warisan Melayu.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita