PUISI: Bumi Dalam Cermin Hati
Mencintai alam merupakan tindakan yang mencerminkan rasa cinta terhadap diri sendiri. (Gambar hiasan: Canva)
This audio is generated by an AI tool.
aku menemukan Bumi sedang bercermin.
Pada sungai yang mengalir di ingatan,
pada hutan yang tumbuh dalam kerinduan.
Ternyata tanah yang kupijak setiap hari
bukan sekadar hamparan debu dan batu.
Ia adalah ibu yang tak pernah lelah
menyediakan kehidupan tanpa meminta balasan.
Namun di cermin itu kulihat luka,
retakan panjang pada wajah hijau semesta.
Dan aku bertanya kepada diriku sendiri:
apakah aku penjaga, atau justeru perusaknya?
Maka Bumi mengajarkanku satu hal —
bahawa mencintai alam adalah mencintai diri sendiri,
kerana pada akhirnya
kita tumbuh dari tanah yang sama.
MENGENAI PENULIS
Puisi ini adalah karya Dadan Nugraha dari Banten, Indonesia. Beliau minat melukis dan menulis.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.