PUISI: Ancala Yang Didaki
Anggaran Waktu Membaca:
Halilintar disusuli guruh itu pasti,
Tujahan mentari setelah rembulan juga pasti
Asalkan kudrat digali tuk terus melangkah
Tidak kira payah atau lelah
Mungkin juga temulang hampir patah
Tertatih juga pernah,
Namun tak sesekali menyerah
Bak Sang Serangga yang terus memanjat ranting
Meski deruan angin menerpa
Dek tegas menepis omongan
Yang hanya lolongan
Dan bukan halangan
Tangis, tawa, keluhan, itu pasti
Demi menebar sayap
Tuk menggapai bintang
Kerana tiada gunung yang terlalu tinggi;
Lautan yang terlalu luas
Jika ‘genggam bara api, biar sampai menjadi arang’ adalah paksi,
Nawaitu dan jati diri kekal membumi,
Pasti kan ku rentas puncak ancala yang didaki ini
CETUSAN KARYA:
Puisi ini adalah sentuhan ilham Arifah Zaidi, 21 tahun, yang merupakan mahasiswa di Universiti Perubatan Antarabangsa, Malaysia (IMU).

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.