Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

Persatuan Budaya Melayu WAU!, kelab Silat SIT anjur majlis buka puasa bersama Dr Yaacob Ibrahim

Anggaran Waktu Membaca:
Persatuan Budaya Melayu WAU!, kelab Silat SIT anjur majlis buka puasa bersama Dr Yaacob Ibrahim

Dr Yaacob Ibrahim berbuka puasa bersama 150 siswa di SIT. (Gambar: WAU! MCS )

BERITAmediacorp: “Tak kenal maka tak cinta.”

Kata-kata ini diucapkan oleh Dr Yaacob Ibrahim, Penasihat kepada Pejabat Presiden di Institut Teknologi Singapura (SIT) yang juga mantan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam dalam ucapannya.

Buat julung-julung kalinya, majlis 'Iftar-Gather '23' kembali dianjurkan di universiti secara besar-besaran sejak penularan COVID-19.

Tahun ini, seramai 150 siswa, kakitangan dan juga pihak pengurusan SIT hadir di majlis 'Iftar-Gather '23' yang dianjurkan oleh WAU! Persatuan Budaya Melayu SIT dan juga SIT Silat pada Jumaat, 14 April 2023.
Siswa-siswa SIT melakukan pelbagai aktiviti untuk mengeratkan silaturahim. (Gambar:WAU! MCS)
“Sambutan tahun ini untuk 'Iftar-Gather '23'” amat memberangsangkan. Dengan hanya tiga hari sahaja, pendaftaran untuk majlis ini sudah dipenuhi. Ini menunjukkan bahawa siswa-siswa di SIT mahu menghadiri majlis-majlis seperti ini dan kami akan menganjurkan lebih banyak acara seperti “'Iftar-Gather '23' pada masa hadapan," ujar penganjur majlis 'Iftar-Gather '23', yang juga Presiden WAU! Persatuan Budaya Melayu SIT, Noor Armand.
Dr Yaacob Ibrahim memberi ucapannya di acara Iftar-Gather ‘23. (Gambar: WAU! MCS)
Tema tahun ini adalah berkonsep suasana kampung dan bergotong-royong, dan ini ditonjolkan dengan siswa-siswa memakai pakaian yang berkonsep seperti di kampung.

Selain itu, juadah berbuka puasa tahun ini adalah Nasi Briyani yang dihidangkan di atas dulang. Di samping itu, ada juga sate, bubur masjid, kurma dan pelbagai minuman.
Siswa-siswa berswafoto semasa aktiviti diadakan sebelum berbuka puasa (Gambar: WAU! MCS)
“Bukan sahaja kami ingin siswa-siswa Melayu di SIT untuk menikmati budaya semangat seperti di kampung dan juga bergotong-royong, tetapi siswa-siswa yang berbangsa lain juga dapat menikmati apakah itu sebenarnya Iftar pada bulan Ramadan”, ujar Presiden SIT Silat, Muhd Nurshafiq.

Siswa-siswa juga dapat menikmati pelbagai aktiviti sebelum berbuka puasa untuk mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain.

“Majlis ini telah memberikan saya kesempatan untuk bertemu dan berkenalan dengan siswa-siswa SIT lain. Sementara menunggu kampus baru SIT siap di Punggol, kami menghadiri kelas di 6 kampus yang berasingan, jadi untuk saya bertemu dengan siswa-siswa lain agak sukar. Inilah satu-satu masanya saya dapat bertemu dengan siswa-siswa lain”, ujar siswa SIT, Abdul Jabbar.
Juadah berbuka Nasi Briyani yang dihidangkan atas dulang (Gambar: WAU! MCS)
Dengan kolaborasi antara WAU! Persatuan Budaya Melayu SIT dan SIT Silat dalam merancang majlis ini, ia dapat mempamerkan bahawa masyarakat Melayu di SIT amat erat dan saling menyokong antara satu sama lain. Bak kata pepatah Melayu, bersatu teguh, bercerai roboh.

MENGENAI PENULIS:

Noor Armand Bin Noor Azlan, mahasiswa Tahun 1 jurusan Kejuruteraan Elektrik Tenaga di Institut Teknologi Singapura (SIT). Beliau merupakan Presiden WAU! Persatuan Budaya Melayu SIT.
Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan