Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

Perpustakaan Seni Pusat tawar lebih banyak bahan rujukan termasuk jarang ditemui

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Dec 2024 08:56PM Dikemas Kini : 12 Dec 2024 09:51PM
SINGAPURA: Para pelajar dan penggiat seni, khususnya di tiga institusi sekitar kawasan Bugis, kini boleh mengakses pelbagai bahan untuk membuat kajian.

Perpustakaan Seni Pusat kini menawarkan bahan seperti nota muzik, skrip persembahan serta buku-buku rujukan yang jarang didapati.

Para penggiat seni boleh memanfaatkan koleksi lebih 50,000 buah buku dan cakera padat - meliputi pelbagai bidang seni, termasuk persembahan seni, reka bentuk dan gubahan muzik.

Sebahagian besar bahan tersebut dipindahkan daripada Perpustakaan di Esplanade ke Perpustakaan Seni yang baharu tersebut.

Di tingkat lapan, terdapat juga ruang tayangan.

Orang ramai boleh menyewanya dengan harga serendah $10 sejam.

Di tingkat yang sama, ada juga bahan rujukan yang jarang ditemukan atau sudah tidak lagi dicetak.

Kesemua bahan rujukan itu dijangka bakal dimanfaatkan para pelajar di tiga institusi seni berhampiran - Sekolah Kesenian Singapura (SOTA), Maktab Seni LASALLE dan Akademi Seni Halus Nanyang (NAFA).
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan