Perikanan Mampan: Bubu sebagai cerminan kearifan ekologi
Anggaran Waktu Membaca:
- Bubu ialah sejenis alat perangkap ikan tradisional . Ia telah digunakan sejak dahulu sebagai kaedah menangkap ikan yang berkesan dan mampan.
- Walaupun terdapat kemajuan dalam teknologi penangkapan ikan moden, alat ini masih terus digunakan oleh nelayan seperti Hamzah Mohamad di Singapura.
- Bagi Encik Hamzah, turun ke laut berhampiran Taman West Coast berhadapan Pulau Sudong bukan sekadar satu sumber pendapatan, tetapi satu cara beliau mengekalkan hubungan dengan kampung halamannya.
- Beliau bimbang bahawa generasi muda tidak lagi mempelajari kemahiran membuat bubu, dan beliau khuatir tanpa penglibatan mereka, legasinya serta amalan penting ini tidak dapat dikekalkan demi manfaat komuniti nelayan.
Pengenalan
Bubu ialah sejenis alat perangkap ikan tradisional . Ia telah digunakan sejak dahulu sebagai kaedah menangkap ikan yang berkesan dan mampan. Diperbuat daripada dawai ayam dan berbentuk seperti kotak segi empat, ia mempunyai pintu masuk sempit yang membolehkan ikan masuk tetapi menyukarkan ikan untuk keluar. Walaupun terdapat kemajuan dalam teknologi penangkapan ikan moden, alat ini masih terus digunakan oleh nelayan seperti Hamzah Mohamad di Singapura. Lebih daripada sekadar menghargai kesinambungan kaedah tradisional yang diamalkan oleh Encik Hamzah, kita juga perlu mengetengahkan bubu sebagai warisan budaya mampan yang mencerminkan pengetahuan atau kebijaksanaan ekologi dan kearifan tempatan.
Dedikasi Hamzah Terhadap Kraf & Tradisi

Encik Hamzah dikenali sebagai salah seorang daripada “Saudara Sudong” yang berasal dari Pulau Sudong di selatan Singapura. Berusia 70 tahun, beliau bersama abangnya Ahmad Sah Mohamad, 73 tahun, merupakan antara nelayan utama yang masih berpegang kepada tradisi penggunaan bubu. Setelah menyaksikan sendiri bagaimana orang tuanya menganyam bubu pada zaman dahulu, Encik Hamzah menghasilkan bubu pertamanya pada usia 18 tahun. Kemahiran ini diwarisi turun-temurun kerana ia merupakan amalan lazim di Pulau Sudong. Selepas berkahwin pada awal usia 20-an sekitar tahun 1970-an, Encik Hamzah berpindah ke bandar metropolitan Singapura. Walaupun telah berpindah, beliau tetap komited menghasilkan dan memelihara bubu. Malah, pada hujung minggu beliau akan turun ke laut untuk menangkap ikan menggunakan bubu. Kini setelah bersara sebagai penghantar barang, Encik Hamzah menghabiskan masanya membuat bubu, di mana satu unit memerlukan kira-kira lima jam untuk disiapkan. Sebahagian bubu dijual kepada nelayan lain.
Proses Rumit Pembikinan Bubu
Dalam pembikinan bubu, Encik Hamzah memulakan dengan memotong dawai ayam mengikut bentuk asas dan mengukuhkannya dengan beberapa jenis dawai lain. Bubunya mempunyai reka bentuk khas untuk memudahkan pengecaman. Purata saiz bubu ialah kira-kira empat kaki lebar, manakala panjangnya berbeza mengikut keperluan. Panjang ditentukan oleh bilangan mata (lubang dawai). Pelanggan biasanya meminta antara 17 hingga 21 mata, tetapi beliau lebih gemar saiz sederhana kerana bubu besar lebih sukar diangkat.
Beliau menjual bubu buatan tangan pada harga antara S$150 hingga S$200, bergantung pada saiz. Bubu biasanya bertahan selama tiga bulan sebelum berkarat atau rosak akibat menangkap ikan besar. Apabila penuh, ia boleh mencecah berat 60 kilogram dan memerlukan dua orang untuk mengangkatnya. Oleh itu, proses membuat dan menyenggara bubu adalah berterusan.
Walaupun ada nelayan yang memilih untuk meletakkan bubu di perairan yang lebih dalam, Encik Hamzah lebih suka meletakkannya di kawasan cetek berhampiran terumbu karang sedalam tidak lebih tiga meter. Ini memudahkan beliau menyelam dan mengambil semula bubu tanpa peralatan menyelam, hanya dengan menahan nafas. Adakalanya, apabila air surut, bahagian bubu boleh kelihatan di atas permukaan air. Bagi beliau, menempatkan bubu di kawasan cetek lebih menjimatkan tenaga dan membolehkan proses menarik bubu ke atas bot dilakukan dengan cepat. Beliau mengangkat perangkap bubunya ketika air surut apabila paras air mencecah paras pinggang, menjadikan proses itu lebih mudah
Kearifan Tempatan dalam Perangkap Bubu
Bubu ialah alat pasif, di mana ia menarik ikan masuk tetapi menyukarkan ikan keluar. Ia digunakan untuk menangkap ikan seperti kerapu, bayan dan ikan dengkis. Reka bentuknya yang pasif menjadikannya mesra alam kerana tidak merosakkan habitat marin atau menghasilkan tangkapan sampingan yang besar. Ini menjadikan bubu sebagai alat yang mampan.
Encik Hamzah percaya bahawa penggunaan bubu lebih berkesan berbanding kaedah tradisional seperti jala. Menjala memerlukan nelayan ke laut pada waktu petang dan tinggal semalaman. Sebaliknya, penggunaan bubu menawarkan kaedah yang lebih cekap, mesra alam dan kurang memenatkan. Ia membolehkan nelayan mengambil bubu pada siang hari dan pulang ke rumah sebelum malam. Ini menonjolkan aspek praktikal dan kecekapan masa dalam kaedah menangkap ikan secara pasif in
Bubu dan Nostalgia Kehidupan
Bagi Encik Hamzah, turun ke laut berhampiran Taman West Coast berhadapan Pulau Sudong bukan sekadar satu sumber pendapatan, tetapi satu cara beliau mengekalkan hubungan dengan kampung halamannya. Sementelahan Encik Hamzah telah berpindah ke tanah besar Singapura sejak akhir 1970-an, aktiviti ini turut menjadi cara yang sangat penting baginya untuk mengekalkan hubungan emosi dengan Pulau Sudong—tempat asal usulnya dan tempat di mana beliau mula-mula belajar membuat serta menggunakan perangkap bubu.

Kini, Encik Hamzah dan abangnya telah membina sebuah pondok sementara di Taman West Coast. Pondok ini berfungsi sebagai tempat pertemuan sanak saudara serta ruang khusus untuk aktiviti menganyam bubu
Walaupun Encik Hamzah amat menghargai hubungannya yang mendalam dengan Pulau Sudong dan seni menangkap ikan menggunakan bubu, beliau bertekad untuk tidak membiarkannya lenyap begitu sahaja. Beliau bimbang bahawa generasi muda tidak lagi mempelajari kemahiran membuat bubu, dan beliau khuatir tanpa penglibatan mereka, legasinya serta amalan penting ini tidak dapat dikekalkan demi manfaat komuniti nelayan.
MENGENAI PENULIS:

Amirul Hakim merupakan seorang mahasiswa jurusan Pengajian Melayu di Universiti Malaya. Beliau telah dilantik sebagai Sahabat Sastera 2023 oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS). Amirul juga bergiat aktif dalam bidang penulisan kreatif dan merupakan salah seorang ahli dalam kolektif penulis muda, Meja Conteng. Sebagai seorang yang gemar akan wacana kritis, Amirul telah berkecimpung dalam dunia perdebatan selama beberapa tahun. Kini, beliau cenderung mengkaji keilmuan yang mencakupi aspek sejarah, budaya, sastera Melayu.
Karya Amirul Hakim ditampilkan sebagai sebahagian daripada koleksi Sahabat Sastera dalam siri Perbualan Warisan Tidak Ternilai, kendalian Taman Warisan Melayu (MHC).

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.