Penuntut RP raih pengalaman jurulatih di Akademi Bangkok FC
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Ketika ditawarkan pensyarahnya untuk menjalani latihan amali di Bangkok, tanpa berfikir panjang, Muhammad Darfyan Shahul Hamid, 23 tahun, menyahut cabaran itu.
Bagi pelajar tahun ketiga Politeknik Republic (RP) itu, beliau tidak mahu melepaskan tawaran yang dibaratkan sebagai ‘pucuk dicita ulam mendatang.
"Mereka yang memberi saya peluang ini, kerana mereka tahu saya mempunyai latar belakang dalam bola sepak, oleh itu mereka percaya bahawa saya boleh lakukan latihan amali ini," kongsi Darfyan kepada BERITA Mediacorp.
Di bawah kerjasama antara RP dan Akademi Bangkok FC, Darfyan menjalani latihan amali di Akademi Bangkok FC, selama enam bulan pada 2024.

"Saya diberi kesempatan menjadi pembantu jurulatih, dan saya melatih murid-murid, kadang-kadang saya buat sedikit fisioterapi," tambahnya yang juga diberi pilihan menjalani latihannya di Singapura dan Vietnam selain di Thailand.
Thailand akhirnya menjadi pilihan Darfyan kerana dia percaya akademi bola sepak di negara Gajah Putih itu berada di tahap yang lebih baik, apa lagi dengan kebanyakan pemainnya terdiri daripada pelajar antarabangsa, antara enam hingga 14 tahun.

Namun, bahasa menjadi satu cabaran bagi Darfyan, yang kadangkala terpaksa menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan pemain tempatan.
Namun, dia amat berbesar hati dengan bantuan dan dorongan daripada jurulatih lain yang berbahasa Inggeris.
IBU BAPA PENYOKONG TEGAR
Meskipun teruja untuk meraih pengalaman di Thailand, Darfyan juga agak keberatan berjauhan dari ibu bapa.
"Mereka yang menggalakkan saya untuk pergi ke sana, mereka yang menyokong saya untuk pergi ke Thailand," kata Darfyan.
"Cabaran lain adalah untuk hidup bersendirian di sana. Sebab saya selalu bersama ibu bapa saya di Singapura, dan untuk enam bulan hidup seorang diri di negara lain, itu adalah cabaran paling besar untuk saya bila di sana," tambahnya.

Namun demikian, masa yang diluangkan setiap hari bersama pemain dan jurulatih membuatnya rasa selesa.
Malah, Darfyan juga berpeluang untuk belajar tentang budaya tempatan.
"Orang Thailand utamakan sikap hormat terutama kepada orang yang lebih tua atau seperti jurulatih dan cikgu, dan mereka mempunyai sopan santun yang sangat tinggi," kata Darfyan.
TEKAD KONGSI KEPAKARAN BERSAMA PELATIH SG
Pengalaman yang diraih semasa di Bangkok sangat berharga, dan ingin dikongsi bersama jurulatih lain di Singapura, ujar Darfyan.
"Saya bercita-cita untuk menjadi jurulatih profesional yang boleh membimbing generasi masa hadapan dan juga memberi kesan kepada arena bola sepak Singapura," kongsinya lagi kepada BERITA.
Salah satu pengalaman tidak boleh dilupakan Darfyan adalah peluang untuk mengendalikan pertandingan antarabangsa belia di Pattaya.

"Bangkok FC mengendalikan pertandingan antarabangsa belia di Pattaya selama tiga hari. Ia pertama kali saya melakukan perkara seperti itu, dan saya belajar banyak perkara," katanya.
Jika diberi peluang untuk meraih pengalaman di luar negara, Darfyan berkata dia akan melakukannya lagi.
"Pengalaman ini tidak boleh diraih di Singapura. Meskipun wujud akademi seperti Bangkok FC, tetapi anda tidak akan dapat pengalaman untuk tinggal di negara lain dan hidup berdikari," jelas Darfyan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.