Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

Pengasas ShopWithTheSisters dulu jual baju terpakai di pasar lambak, kini ada jenama sendiri tembusi pasaran luar SG

Anggaran Waktu Membaca:
Pengasas ShopWithTheSisters dulu jual baju terpakai di pasar lambak, kini ada jenama sendiri tembusi pasaran luar SG

Aqai Norazman (kiri) dan adiknya Nawa Norazman (kanan) di kedai 'pop-up' pertama mereka di Bandung, Indonesia pada 2024. (Gambar: ShopWithTheSisters)

SINGAPURA: Jika anda sering ke acara seperti Twilight Fest, Celebfest dan sebagainya, anda pasti akan terserempak jenama ShopWithTheSisters (SWTS). 

Perniagaan baju bertema 'coquette' dan 'trendy',  itu diusahakan pasangan adik-beradik Aqai Norazman, 33 tahun, dan Nawa Norazman, 29 tahun sejak tahun 2020.

BERMULA DENGAN MENJUAL BAJU TERPAKAI, KINI TAWAR KOLEKSI SENDIRI

Sebelum media sosial ada ciri-ciri canggih seperti penstriman langsung, Aqai dan Nawa menjual baju-baju terpakai mereka di pasar lambak di Tampines dan Somerset.

Idea berniaga itu bukan sesuatu yang baharu bagi mereka kerana sudah terbiasa melihat ibu bapa mereka uruskan perniagaan menjual makanan.

Apabila COVID-19 melanda Singapura, seperti ramai orang lain, Aqai dan Nawa luang masa membeli-belah secara online.

"Pada waktu COVID-19 kami tak tahu nak buat apa, jadi saya sering berkemas dan saya sedar "Eh, banyaknya baju saya, apa boleh kita buat dengan baju-baju ini ?" kongsi Aqai.

"Dari situ, kami mula jual baju terpakai secara 'live' dan kami sedar bahawa ada pasaran untuk menjual baju online," tambah si adik, Nawa.

Citarasa fesyen pasangan adik-beradik ini juga hampir sama, yang membuat mereka mula meneghasilkan baju khas dengan jenama sendiri.


 
Aqai dan Nawa Norazman dałam baju rekaan koleksi Hari Raya mereka yang dipanggil Tenun Rona. (Gambar: Nur Syafeera/ BERITA Mediacorp)

LEBIH MUDAH USAHAKAN PERNIAGAAN SENDIRI, MESKI HANYA MEREKA BERDUA 'BEKERJA'

Dari segi urusan permasaran, pembungkusan, menjadi hos penstriman langsung hingga  menjadi model koleksi pakaian mereka, semua tugasan itu dilakukannya sendiri.

Kadangkala mereka juga mendapatkan khidmat pekerja sambilan, namun hanya untuk kedai pop-up, atau kempen pemasaran besar-besaran. 

"Secara jujur ia lebih mudah, kan? Lebih senang sebab kami tidak ada segan silu. Jadi kalau dia buat sesuatu dengan salah, saya akan menegurnya. Sama bagi dia juga, " kongsi Nawa Norazman. 

Hubungan adik-beradik ini amat rapat, lebih-lebih lagi kerana mereka adik bongsu dengan tiga  abang, memudahkan lagi mereka kerjasama dan main peranan dalam menjayakan perniagaan mereka ini.

BERJAYA BAWA SWTS TEMBUSI PASARAN INDONESIA

Selain menggunakan strategi jual di kedai pop-up di Singapura dan secara online, pada Disember 2024 koleksi mereka ditawarkan di kedai 'Disclosure Closet' di Bandung, Indonesia.



 
Kedai 'pop-up' pertama SWTS di KICKFEST Indonesia pada November 2024. (Gambar: ShopWithTheSisters)

Pasangan adik-beradik yang sering melancong ke Bandung itu menganggap peluang tersebut sebagai pencapaian terbesar mereka setakat ini. 

Selain itu, dengan bantuan beberapa rakan di Indonesia dan juga ahli keluarga, mereka juga mampu membuka kedai pop-up di Bandung, 

"Kami juga ada perancangan masa depan tetapi buat masa ini, biarlah ia rahsia kami. Kami tidak boleh beritahu dahulu," kata Aqai.

" Anda harus nantikannya. " tambah Nawa.  


 
Sumber : BERITA Mediacorp/SF
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan