Pengasas rangkaian sukarelawan belia SG kini ‘tauke’ dim sum halal di Yishun
Anggaran Waktu Membaca:
Md Imran Mean membuka Warung Dimsum di Blk 925 Yishun Central 1. (Gambar: Afiqah Hussain/BERITAMediacorp, Imran Mean)
SINGAPURA: Ketika ramai anak muda seusianya sibuk membina kerjaya atau menyambung pelajaran, Muhamad Imran Mean, 24 tahun, memilih untuk membuka warung dim sum halal sebagai 'kerjaya sepenuh masa' pertamanya. Beliau terdahulu dikenali sebagai pengasas IM Volunteers Network SG, sebuah rangkaian sukarelawan yang sudahpun berkembang ke Malaysia dan Indonesia.
Namun kini, Imran melangkah pula ke dunia perniagaan makanan dan minuman (F&B), satu bidang pilihan baharu yang berlandaskan komitmennya untuk terus berbakti kepada masyarakat.
"Saya nak beri lebih banyak peluang kepada sukarelawan dan belia. Jadi saya fikir, kenapa tidak buka perniagaan yang boleh sediakan pekerjaan buat mereka?" kongsi Imran dalam satu wawancara bersama Nadi Kampus.
"Bukan sebab untung, tapi sebab nak berkhidmat untuk masyarakat."

Warung Dimsum yang terletak di 925 Yishun Central 1 itu menawarkan lebih 20 jenis dim sum halal, seperti bola udang karang, ban kastard 'Golden Lava' dan udang goreng bersalut serbuk roti, pada harga dari S$3 sepinggan.
"Ramai tanya kenapa tak jual nasi campur ke apa. Tapi saya nampak anak muda sekarang suka dim sum. Cuma susah nak cari yang halal. Itu sebab saya pilih dim sum," jelas Imran yang
kemudian mendapat peluang untuk bekerjasama dengan syarikat Nury Dian Xin Delight.
“Saya (secara kebetulan) bertemu pembekal satu-satunya dim sum halal buatan tangan di Singapura. Jadi kami putuskan untuk bekerjasama,” jelasnya lagi.

CUBA TAWAR MENU PADA HARGA LEBIH RENDAH
Hakikatnya, memulakan dan mengendalikan satu perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi di tengah-tengah ekonomi yang tidak menentu sekarang ini.
Bagi Imran, kos untuk membuka Warung Dimsum sahaja mencecah S$25,000 sementara kos sewa yang perlu dibayar adalah S$6,000 sebulan. Pun begitu, beliau mencabar dirinya untuk menawarkan hidangan dim sum pada harga "lebih rendah daripada biasa".
"Saya jalankan kajian sebelum buka kedai. (Biasanya) hidangan yang dikukus dijual pada harga antara S$5 dengan S$6. Itu baru untuk hidangan biasa. Kalau 'premium', sekitar lebih S$8. Biasanya pelanggan yang makan dim sum akan pesan banyak hidangan," kata bekas pelajar Politeknik Ngee Ann itu.
Sejauh ini, 'pilihan klasik' yang dijual di Warung Dimsum berharga S$3 sepinggan. 'Pilihan premium', seperti pau bersaiz 'jumbo' yang boleh dikongsi sehingga 4 orang dan 5 keping wanton cili Sze Chuan, berharga antara S$4 dengan S$11.

Apabila ditanya kru Nadi Kampus bagaimana beliau mengimbangi harga dan kos untuk menawaran dim sum yang 'asli', ini jawapan spontan Imran:
"Memang keaslian tu... kalau betul 'original' memang mahal. Tapi kita cuba pastikan rasanya sama. Kami jalankan kajian dan uji rasanya. Kita tidak akan ubah rasanya. Contohnya, ayam itu memang isi ayam sepenuhnya. Kalau daging, kita tidak guna daging buatan dan sebagainya."

Mencari cara untuk memastikan rasa dim sum yang ditawarkan tetap 'asli' sekalipun kos bahan yang digunakan adalah rendah, tambah Imran, juga memastikan perniagaannya dapat beroperasi secara lebih berkesan dari segi kos.
CABARAN PUNYA PEKERJA BELIA, TAWAR DIM SUM
Kru Nadi Kampus kemudian bertanya jika mengendalikan perniagaan lebih mencabar berbanding tanggungjawabnya sebagai ketua penyelaras IM Volunteers Network SG.
"Kalau saya nak cakap terus terang, memang lakukan kerja sukarela (lagi senang) pasal tak perlu urus duit. Soal duit pun cuma cari dana sendiri," jawab Imran.
"Seterusnya, kalau berniaga perlu bertolak ansur dan berkomunikasi dengan pelanggan. Kadang-kadang pelanggan marah. (Tanya) kenapa pau lembik. Itu baru 1 pelanggan. Kalau 10 pelanggan mengadu, dah susah kan?" terang Imran lagi.

Satu lagi cabaran menguruskan Warung Dimsum bagi Imran adalah menguruskan tenaga kerjanya. Ternyata tidak mudah untuk mengendalikan perniagaan yang hanya menggajikan belia.
“Saya nak pastikan belia masih boleh sekolah dan ada masa untuk diri sendiri walaupun bekerja," ujar Imran.

Apa pun, sambutan bagi Warung Dimsum sejauh ini cukup menggalakkan sehinggakan ia dianggarkan dapat menjana lebih S$20,000 sebulan. Ramai dalam kalangan pelanggan Imran bahkan adalah ibu bapa kepada belia yang pernah menyertai projek kemasyarakatan yang dianjurkan Imran sebelum ini.
“Kadang-kadang mereka datang dan kata, ‘Eh dulu awak jaga anak saya masa 'volunteer', sekarang dah buka dim sum pula!’ Mereka sokong, bawa satu kampung datang. Saya memang terharu," luahnya.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.