Pengalaman jadi intern BERITA Mediacorp: Sebuah perjalanan bina yakin diri
Amirah cuba bakat baca berita di reruai BERITA di Raikan Ilmu@Heartlands (Gambar: Nurul Amirah Iryawan)
This audio is generated by an AI tool.
Banyak pengalaman dan pengajaran yang telah aku timba. Perjalananku bermula lima bulan yang lepas. Melakukan latihan amali merupakan satu komponen yang wajib untuk memenuhi syarat pengajian di universiti dan ketika itu, satu peluang untuk melakukan latihan amali di Mediacorp muncul. Aku sangat tertarik untuk memohon tempat di rangkaian media nasional itu, khususnya di BERITA kerana banyak pengalaman baik yang aku dengar daripada rakan-rakan yang pernah mengikuti latihan mereka di sini. Minatku terhadap kewartawanan juga banyak mendorong keputusanku.
Aku ingat lagi hari aku mendapat tawaran daripada pihak Mediacorp. Ketika itu aku dan keluarga dalam perjalanan pulang daripada Manchester, Britain. Semua ahli keluargaku turut teruja mendengar berita baik itu. Mereka adalah saksi yang melihat bagaimana resahnya diri ini menunggu jawapan daripada lebih 20 tempat kerja lain yang aku turut memohon. Namun, dengan rezeki Tuhan, aku dapat pilihan pertama yang sangat diinginkan.
Pada mulanya, walaupun teruja, aku berasa kurang yakin dengan kewibawaanku untuk bekerja di BERITA. Walaupun minat, aku tiada latarbelakang dalam bidang kewartawanan ataupun media. Di sekolah, aku merupakan pelajar jurusan sejarah. Namun, ia bukan satu halangan. Sebagai seorang yang senang menyesuaikan diri dalam keadaan baharu, tiada masalah untuk aku belajar dan terus mempraktikkan apa yang diajar. Ramai rakan kerja di bilik BERITA juga sangat peramah dan tidak keberatan untuk mengongsi ilmu denganku.
Pengalaman yang paling tidak dapat aku lupa adalah liputan kepulangan jemaah haji kerana aku dapat melihat pelbagai reaksi daripada jemaah dan ahli keluarga mereka. Tangisan kebahagiaan memenuhi lapangan terbang dan suasana gembira turut membuatku tersenyum. Itu juga kali pertama aku dapat mengambil bahagian dalam temubual dengan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Prof Madya Faishal Ibrahim.
Bahagian ketiga pula adalah kumpulan Ehwal Semasa yang menghasilkan rancangan Detik serta dokumentari. Tidak seperti laporan dihasilkan wartawan, penerbit di bahagian ehwal semasa mengambil masa yang lebih panjang untuk menghasilkan satu episod Detik. Namun, ini tidak bermakna mereka lebih relaks. Aku dapat pergi ke lebih banyak lokasi berlainan untuk melakukan temubual dengan pakar-pakar industri. Masaku bersama penerbit digital pula, menajamkan lagi keupayaan untuk menterjemah dalam bahasa Melayu. Kami berkejar dengan masa apabila laporan mutakhir datang bertalu-talu. Di sini juga aku belajar pentingnya menggunakan bahasa yang betul dan jelas supaya mudah difahami pembaca. Pilihan berita yang diterbitkan juga penting bagi memenuhi cita rasa pembaca yang pelbagai termasuk politik, analisis, komentar, gaya hidup, sukan dan hiburan.
Golongan muda juga tidak dilupakan memandang kami adalah pembaca, penonton masa depan.
Aku mendapat tahu bahawa selain penerbitan berita di pelbagai platform - tv, radio, digital dan media sosial, BERITA juga anjurkan beberapa program untuk mendampingi pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah selain di Institut Pengajian Tinggi menerusi Nadi Kampus.
Merekalah orang-orang yang aku berkongsi tentang keresahanku. Kami saling menyokong satu sama lain dan tanpa mereka, pasti pengalamanku tidak seindah ini. Banyak yang aku pelajari dalam 10 mingguku di BERITA. Selain sebagai seorang wartawan, ia juga banyak membantuku membina yakin diri. Jika aku tidak mencabar diri dan yakin akan kemampuanku, pasti aku tidak akan dapat meraih pengalaman dan kawan-kawan yang memberi impak pada diri ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.