Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

Pengabdian Batin gabung tarian Melayu, dikir barat; bangkit isu keganasan pasangan intim

Anggaran Waktu Membaca:
Pengabdian Batin gabung tarian Melayu, dikir barat; bangkit isu keganasan pasangan intim

Gambar: NUS Ilsa Tari

Diterbitkan : 11 Mar 2023 08:48PM Dikemas Kini : 11 Mar 2023 09:03PM
SINGAPURA: Anjakan paradigma menerusi gerakan dalam tarian.

Demikian yang ingin dicapai Ilsa Tari, sebuah kumpulan tarian Melayu dari Universiti Nasional Singapura (NUS) di bawah naungan Pusat Seni NUS (CFA), menerusi pementasan Pengabdian Batin.

Pementasan itu diadakan sempena Festival Seni NUS 2023 - acara terbitan CFA.

Pementasan tahun ini bagaimanapun menampilkan kelainan berbanding pementasan-pementasan sebelumnya dengan menyentuh isu yang jarang diterokai melalui tarian Melayu. Pengabdian Batin bakal memberikan tumpuan kepada isu keganasan pasangan intim (IPV) dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam setempat.
Buat julung-julung kalinya, kumpulan tarian itu akan berganding bahu dengan kumpulan NUS Dikir Barat.

Pementasan arahan pereka tari tersohor tempatan Osman Abdul Hamid itu, turut berhasrat membawa kelainan dengan mengabungkan seni dikir barat dan tarian Melayu dalam bentuk kontemporari dalam ia mengajak para penonton mengupas isu yang ingin dibangkitkan itu.

Berlangsung pada 15 dan 16 Mac, pukul 8.00 setiap malam, pementasan tersebut akan diadakan di Pusat Kebudayaan Universiti (UCC) di NUS.

Pementasan tersebut dibuka kepada umum.

Tiket boleh dibeli pada harga serendah $15 melalui laman bit.ly/pengabdianbatin
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan