Pementasan 'Pelita' ajak masyarakat dalami kisah anak titipan
Pentas Budaya merupakan sebuah pementasan teater yang dikendalikan oleh para mahasiswa dan mahasiswi di NUS yang membentangkan kisah-kisah dalam masyarakat yang ingin dikupas.

Kisah ini melihat bagaimana Maisarah mengurus dilema dan kedua-dua keluarga bercanggah apabila ayah kandung Maisarah, Ismail, menuntut hak penjagaan setelah lima tahun dititip kepada Kamaruddin dan Hayati.

Secara tidak sengaja, Maisarah mulai membongkar rahsia-rahsia keluarga dan sedar bahawa terdapat banyak lapisan sejarah yang tersembunyi yang menjejas kehidupan mereka.
Penonton juga boleh melihat bagaimana perlambangan istilah ‘pelita’ ditampilkan melalui tepung pelita, pelita, serta maksud-maksud tersirat yang mempamerkan pelbagai nuansa dalam kisah ini.
PELITA adalah satu perjalanan teaterikal yang melihat watak-watak yang berbeza dan memaparkan kerumitan penjagaan titipan dan hubungan keluarga. Sebagai sebahagian daripada visi Pentas Budaya tahun ini untuk menggunakan teater sebagai wadah bekerjasama dengan masyarakat dan bukan sekadar bercerita tentang masyarakat, Pentas Budaya telah mendekati pekerja-perkerja sosial untuk mendengar lebih lanjut tentang penjagaan titipan di Singapura.
Daripada sudut kreatif, mahasiswa dan mahasiswi Pentas Budaya juga dibimbing oleh Teater Ekamatra untuk memperkukuh skrip dan karya kreatif tahun ini.

Pelita akan dipersembahkan pada waktu-waktu berikut:
7 Jun, 8.00 malam (Opening)
8 Jun, 3.00 petang (Matinee)
8 Jun, 8.00 malam (Gala)
Pelita diadakan di Play Den @ The Arts House dan pementasan ini akan dipersembahkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris bersama sarikata bahasa Inggeris.
Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton PELITA! Lungsuri https://bit.ly/PB24TICKETS untuk mendapatkan tiket-tiket anda sekarang! Sila ke IG kami (@nuspentasbudaya) untuk butiran lanjut.
MENGENAI PENULIS:
Sharifah Umairah Syed Idros Alhabshi merupakan seorang mahasiswi Pengajian Melayu tahun 4 di NUS. Beliau juga merupakan Naib Penyelaras Projek untuk tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.