Skip to main content

Nadi Kampus

Pementasan 'LUAS' anjuran siswa NUS singkap liku kehidupan keluarga pesakit Alzheimer

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Jun 2023 04:17PM Dikemas Kini : 13 Jun 2023 04:27PM

BERITAmediacorp: Pentas Budaya ialah pementasan teater Melayu yang diadakan setiap tahun oleh mahasiswa NUS di bawah Sekretariat Seni Persatuan Bahasa Melayu NUS (PBMUKS). Pentas Budaya bertujuan untuk membangkitkan isu-isu yang relevan dalam masyarakat supaya penonton dapat bermuhasabah dan diharapkan mengambil tindakan terhadap isu-isu tersebut.

Tahun ini, Pentas Budaya 2023 mempersembahkan: LUAS.

LUAS, ditulis dan diarah oleh Danial Fharick, mengisahkan Tok, yang sedang meniti kehidupan sebagai seorang pesakit Alzheimer. Namun, in juga merupakan kali pertama keluarganya akan menjaga pesakit Alzheimer. Sebagai penjaga, Nyai sedar akan tanggungjawabnya yang sudah berubah dan beliau mulai merasakan tekanan dan tuntutan baru itu. Keretakan dan ketidaksempurnaan dalam keluarga itu juga mula timbul dengan dinamik keluarga yang baru.

Gambar: NUS Pentas Budaya
LUAS akan dipersembahkan pada waktu-waktu berikut:
16 Jun, 8.00 malam (Opening)
17 Jun, 3.00 petang (Matinee)
17 Jun, 8.00 malam (Gala)

LUAS akan dipersembahkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris dan sarikata bahasa Inggeris disediakan.

Penjualan tiket akan ditutup pada 16 Jun 2023, pukul 3.00 petang. Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton LUAS! Lungsuri https:// tinyurl.com/LUASPB23 untuk mendapatkan tiket-tiket anda sekarang! Sila ke IG kami (@nuspentasbudaya) untuk butiran lanjut.

MENGENAI PENULIS:
Nur Khairiah Mohamad Omar, mahasiswi Tahun 3 Universiti Nasional Singapura (NUS). Beliau merupakan Penyelaras Projek Pentas Budaya.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita