Pelajar SG jadi imam solat tarawih di Sydney, tunai impian ayah
Anggaran Waktu Membaca:

Abdul Hanan Amin, 23 tahun di Masjid Darul IMAAN Sydney (Gambar: Abdul Hanan Amin)
SINGAPURA: Pada usia 23 tahun, Abdul Hanan Amin Abdul Samad, terpilih mengimamkan solat tarawih di Sydney, Australia selaku imam jemputan.
Tidak pernah terbayang dalam benak pelajar di Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri ini, beliau akan diberi kepercayaan menggalas tugas dan tanggungjawab menjadi imam tarawih di Masjid Darul IMAAN.
Peluang tersebut hadir apabila seorang anggota jawatankuasa masjid di Australia itu, solat subuh di Masjid Khalid, di Joo Chiat.
PELUANG TIDAK JANGKA
"Waktu itu saya bertugas sebagai imam fardhu subuh di Masjid Khalid. Kebetulan itu, salah seorang ahli jawatankuasa masjid di Australia, solat sekali di Masjid Khalid. Beliau mendekati saya dan bertanya kalau saya ingin cuba jadi imam di Australia," kongsi Abdul Hanan dengan BERITA Mediacorp, tidak menyangka akan menerima peluang berharga ini.
"Saya telah berbincang dengan ibu bapa saya dan Alhamdullilah saya mengambil peluang untuk menjadi imam di Sydney," tambahnya.
Berbekalkan doa ayah dan ibunya, serta semangat untuk menunaikan impian ayahnya melihat beliau menjadi imam di luar negara, Abdul Hanan berangkat ke Sydney pada 25 Februari.
Selama 15 hari, sehingga 16 Mac, Abdul Hanan menjadi imam tarawih di masjid yang terletak di kawasan Wolli Creek.

CABARAN JADI IMAM DI NEGARA ORANG
Berkongsi pengalamannya dengan BERITA Mediacorp, Abdul Hanan Amin berkata peluang menjadi imam di Masjid Darul IMAAN begitu berharga, yang mungkin hanya datang sekali seumur hidup.
Namun, ia tidak terlepas daripada cabaran. Selain perlu menyesuaikan diri dengan budaya berbeza, Abdul Hanan turut mengalami sendiri keadaan di mana keselamatan jemaah terancam apabila ada amaran serangan tembakan ke atas sebuah masjid berdekatan.

"Waktu itu masjid kecoh sedikit, kami kuncikan pintu belakang dan hanya memberi jemaah masuk dari pintu depan untuk keselamatan jemaah. Alhamdullilah keesokan harinya kami dapat berita di mana orang yang lakukan ancaman itu ditangkap polis," kata Abdul Hanan, membuka cerita.
"Setibanya saya di Sydney, saya memang rasa gementar tapi Alhamdullilah dengan pertolongan masjid, masyarakat di masjid, mereka telah membantu saya dan saya dapat menyesuaikan diri saya di sini," tambahnya.
Cabaran ke atas keselamatan masjid dan jemaah itu memberi kesedaran kepada Abdul Hanan tentang betapa bersyukurnya beliau hidup saling hormat-menghormati antara kaum, yang wujud di Singapura.
PENDUDUK RAMAH, RAMADAN RAHMAH
Sepanjang berada di Sydney, Abdul Hanan tersentuh dengan keramahan masyarakat setempat yang menerima kehadirannya dengan hati terbuka.
"Mereka menerima saya dengan hati yang terbuka. Mereka sangat suka kerana melihat anak muda yang ke hadapan untuk menjadi imam," katanya penuh rasa syukur.

Suasana Ramadan di Sydney juga tidak jauh berbeza dengan di Singapura.
Masjid menyediakan juadah berbuka puasa, dan bazar Ramadan turut menawarkan pelbagai makanan seperti burger unta, kunafa, sate madura dan makanan Melayu lain.
Komuniti di masjid itu juga terdiri daripada masyarakat berbilang latar belakang termasuk orang Melayu, Arab, dan warga tempatan Australia.
"Tiada perbezaan sangat di antara Ramadan di Singapura dan di Sydney. Sama sahaja masjid di Sydney dan juga di Singapura menyiapkan juadah berbuka puasa, berbuka bersama," ujarnya.
SYUKUR, TERHARU PIMPIN SOLAT TARAWIH
Pengalaman ini bukan sahaja membina jiwa kepimpinan tetapi juga mengukuhkan rasa kesyukuran terhadap nilai kerjasama dalam komuniti Muslim di Sydney, kongsi Abdul Hanan.
Melihat bagaimana jemaah setempat bersusah payah menyiapkan makanan untuk berbuka walaupun jarak perjalanan mereka agak jauh sekitar 40-50 minit dari masjid, benar-benar menyentuh hatinya.
"Saya terharu melihat bagaimana masyarakat di sini saling membantu terutamanya pakcik-pakcik setiap hari menyediakan makanan untuk jemaah berbuka puasa walaupun mereka tinggal agak jauh dari masjid lebih kurang 40-50 minit. Kerana keikhlasan mereka benar-benar membuatkan saya lebih menghargai nilai Ramadan," katanya.
Meski dari segi pengalaman imam solat tarawih tiada perbezaan yang ketara dan hampir sama di Singapura, bagi Abdul Hanan ia satu pengalaman peribadi yang baharu dan sumbangan beliau kepada komuniti Islam di luar negara.

Sumber : BERITA Mediacorp/FT
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.