Peguam berpengalaman Mohamed Fazal Abdul Hamid raih 2 ijazah sarjana
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Saya sudah bertugas sebagai seorang peguam sejak Mei 2014 dan bekerja di firma I.R.B. Law LLP dari November 2015.
Saya bertemu dengan rakan kongsi pengurusan saya sekarang ini, Encik Baiross, di mahkamah sebagai seorang peguam yang bertindak sebagai wakil pihak yang berlawan apabila kami mewakili pelanggan masing-masing.
Dari waktu itu, hinggalah ke hari ini, saya berada dalam firma yang sama.
Tahun-tahun awal saya bertugas sebagai peguam sangat mencabar bagi saya.
Masa saya digunakan hampir sepenuhnya untuk berhujah di mahkamah dan bila saya pulang ke pejabat, saya perlu menyediakan dokumen undang-undang.
Saya sering bekerja lewat dan pada hampir setiap hujung minggu, saya akan berjumpa dengan anak guam saya di pejabat untuk membincangkan kes mereka dan menyediakan mereka untuk perbicaraan.
Oleh kerana terdapat jangkaan yang tinggi daripada mahkamah dan anak guam, saya berazam untuk melaksanakan tugas guaman saya sebaik yang saya boleh. Semasa saya membesar, bapa saya memperkenalkan saya kepada industri undang-undang dan menggalakkan saya untuk menjadi seorang peguam untuk membantu orang menyampaikan kes mereka di mahkamah untuk memastikan hak mereka dilindungi.
Saya tangani banyak kes pada tahun-tahun awal saya bertugas sebagai peguam, membuat beberapa kesilapan dan belajar daripadanya, dan juga mencapai beberapa kejayaan.
Pada bulan Mei 2017, saya dilantik sebagai rakan kongsi dalam firma saya. Ini mendorong saya untuk mencari lebih banyak pengetahuan dalam bidang undang-undang dan dalam bidang lain kerana saya ingin menambah nilai atau ‘value-add’ kepada anak guam saya dan memperluaskan lagi perspektif saya.
Pada masa itulah, saya memutuskan untuk mengejar LLM dari University of London.
Pada tahun 2020, seluruh dunia bergelut dengan pandemik COVID-19. Dengan pelaksanaan langkah-langkah pengurusan selamat, saya menggunakan masa ini untuk meningkatkan kemahiran profesional saya di luar bidang undang-undang.
Saya juga hampir menamatkan LLM saya pada masa itu. Selepas membuat banyak kajian, saya juga mendaftarkan diri dalam program double masters MBA dan MHRM yang ditawarkan oleh Universiti Murdoch di Kaplan Singapore. Saya memilih program ini disebabkan reputasi dan pengiktirafan baik Universiti Murdoch.
Saya ingat lagi semester pertama saya semasa saya mengambil dua modul. Pada mulanya, ia adalah satu cabaran yang sangat besar, tetapi dengan bantuan pensyarah-pensyarah saya, saya berjaya melalui program tersebut dan mencapai keputusan cemerlang dalam mata pelajaran pengurusan pemasaran strategik dan dalam pengambilan sumber manusia.
Apabila pandemik COVID-19 berterusan, kelas-kelas tersebut terus dijalankan online. Ini merupakan satu cabaran besar bagi saya terutama sekali apabila terdapat tugasan berkumpulan. Rakan sekelas saya dan saya terpaksa bekerja lebih keras untuk mengadakan sesi-sesi kami sendiri selepas kelas untuk membincangkan tugasan-tugasan berkumpulan tersebut. Saya kini sedar bahawa Kaplan Singapore adalah tempat di mana pelajar-pelajarnya datang dari pelbagai lapisan masyarakat.
Rakan sekelas saya merupakan ketua-ketua pertubuhan masing-masing, dan saya mendapati banyak faedah berinteraksi dengan mereka kerana mereka membawa perspektif yang berbeza daripada lingkaran undang-undang saya.
Cabaran lain yang saya hadapi termasuk mengimbangi kerja dan pelajaran saya. Ini ternyata sangat sukar oleh kerana saya perlu hadiri perbicaraan di mahkamah dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerja saya terutama sekali pada hari-hari biasa.
Ini menyebabkan saya terpaksa belajar hanya pada hujung minggu.
Pada waktu itu, saya mengorbankan banyak masa bersama keluarga saya dan seringkali belajar sekurang-kurangnya 12 jam sehari pada hari Sabtu dan Ahad.
Isteri saya, Nur Hafizah, selalu memberi saya sokongan.
Kini selepas tamat pengajian, saya dapati bahawa saya dapat memanfaatkan pengetahuan yang saya raih di kelas kepada kerjaya saya sebagai seorang peguam.
Sebenarnya, saya baru-baru ini kembali mengkuti kelas, tapi kali ini untuk mempelajari Brazlian jiu-jitsu!
'
Saya berbuat demikian demi untuk menjaga kesihatan, tapi rakan sekerja saya sering bergurau dan mengatakan bahawa ilmu jiu-jitsu ini mungkin boleh saya gunakan sebagai cara alternatif untuk menyelesaikan pertikaian.
Pada waktu yang sama, saya juga hampir tamat pengajian dalam bidang undang-undang Shariah dan pelajaran Islam.
Dengan rasa terhutang budi kepada Kaplan Singapore dan selepas berinteraksi dengan ramai pensyarah-pensyarah yang berpengetahuan, saya baru-baru ini dilantik sebagai pensyarah adjung dan mengajar mata pelajaran undang-undang keluarga dan jenayah dengan harapan dapat membimbing generasi seterusnya.
Selain daripada itu, saya juga berharap dapat menggunakan pengetahuan saya untuk membantu masyarakat secara keseluruhan terutamanya golongan kurang yang bernasib baik.
MENGENAI PENULIS:
Mohamed Fazal Bin Abdul Hamid, 37 tahun lulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan Pengurusan Sumber Manusia dari Kaplan Singapore, Universiti Murdoch.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.