Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

PBMUKS, NUSMS ganding bahu perkasa mahasiswa Melayu/Islam lebih yakin langkah ke alam pekerjaan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Feb 2023 11:53PM Dikemas Kini : 12 Feb 2023 01:16AM
BERITAmediacorp: Memperkasakan para mahasiswa Melayu/Islam untuk terus maju ke hadapan pascauniversiti dan menjadi wakil masyarakat yang berjaya kelak.

Demikian merupakan matlamat teras acara 'eMpower' anjuran Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS) dan NUS Muslim Society.

Acara tersebut kembali dengan edisi keempat, yang mana ia dikendalikan secara fizikal sepenuhnya selepas dua tahun pandemik COVID-19.

Ia menerima sambutan yang memberangsangkan dengan menyaksikan kehadiran lebih 180 mahasiswa untuk edisi ‘eMpower’ kali ini, yang berlangsung pada 13 Januari, 17 Januari dan 20 Januari lalu.
Gambar: PBMUKS
Seperti edisi-edisi sebelumnya, ia bertujuan untuk melengkapkan para mahasiswa dengan kemahiran dan pengetahuan tentang alam kerjaya dan pascauniversiti. Pada tahun ini, ia dibahagikan kepada tiga siri yang bertemakan 'kerjaya', 'simpanan dan belanjawan' serta 'pelaburan halal'.

Dalam siri pertama 'eMpower' barisan panel yang terdiri daripada Cik Attiya Ashraf Ali, Encik Luqman Lukman dan Encik Syakir Hashim diundang untuk berkongsi pandangan dan pengalaman berharga mereka dalam bidang masing-masing seperti pelaburan, IT dan teknologi.

Bagi siri kedua pula, Encik Zaid Masagoes daripada Islamic Finance Singapore (IFSG), membentangkan tentang pelbagai pengetahuan dan alat berguna bagi simpanan dan belanjawan. Beliau menekankan tentang peri pentingnya menabung dan mengenali diri sendiri untuk membantu dalam pengurusan perbelanjaan.
Gambar: PBMUKS
Bagi siri terakhir, Encik Syed Afiq, juga dari IFSG, mengendalikan sebuah sesi yang amat menarik tentang pelaburan halal, satu topik yang rata-rata amat diminati oleh para peserta. Encik Syed Afiq mengupas tentang selok-belok pelaburan halal, pengetahuan penting yang harus diketahui sebelum melakukan pelaburan, antaranya termasuk peninjauan suasana dan trend semasa bagi pelaburan halal.
Gambar: PBMUKS
Dengan siri-siri ini, mahasiswa diharapkan dapat memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran yang dikongsi dengan baik untuk membantu mereka kini dan pada masa hadapan.

MENGENAI PENULIS:
Siti Farhana Bte Hamidi, mahasiswi Tahun 4 Universiti Nasional Singapura (NUS). Beliau merupakan penasihat bagi acara 'eMpower'.
 
Sumber : BERITA Mediacorp//ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan