Pasangan suami isteri ini tubuh NGO, tekad bantu belia berisiko
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pengalaman membesar dalam keluarga memerlukan menjadi motivasi bagi pasangan suami isteri, Jihad Suhaimi dan Husna Hussain untuk menubuhkan 'Membina Community'.
Pertubuhan bukan pemerintah (NGO) itu ditubuhkan pada 2023 dengan tujuan dapat membantu belia berisiko serta keluarga mereka.
"Ideanya tercetus daripada pengalaman peribadi kami yang dibesarkan dalam rumah sewa dan juga dibesarkan dalam keluarga yang memerlukan," kata Cik Husna.
Belia yang mereka bantu datang daripada pelbagai latar belakang, termasuk yang sudah berhenti sekolah, dipinggirkan keluarga dan perempuan yang hamil di luar nikah.
Cik Husna, 29 tahun, menambah bahawa kira-kira 90 peratus belia yang dibantu terdiri daripada mereka yang tinggal di flat sewa.

"Kami di Membina Community percaya bahawa setiap individu memiliki potensi dan kekuatan yang berbeza-beza, walau apa pun latar belakang mereka," kata Encik Jihad.
Meskipun sukar untuk mendapat kepercayaan golongan belia, Encik Jihad, 28 tahun, berkata penting bagi mereka untuk tidak menghakimi atau mempunyai sebarang tanggapan negatif.
"Sebahagian daripada mereka memerlukan masa yang lama untuk rasa selesa. Mungkin kerana mereka mempnyai trauma sendiri," jelas Encik Jihad, yang juga pengasas Membina Community.

SEDIAKAN RUANG SELAMAT
Kemudahan Hab Belia yang terletak di North Bridge Road merupakan satu ruang selamat bagi belia mendapatkan bantuan dan nasihat.
Digelar 'Healing Youth Hub', belia boleh meluangkan masa sesama mereka serta mentor dan sukarelawan.
"Mentor kami mempunyai latar belakang dan kepakaran berbeza, jadi mereka dapat menasihati belia tentang cara untuk memperbaiki kehidupan mereka," kongsi Encik Jihad.
Malah, sebahagian daripada belia yang dibantu Membina Community kini berkhidmat sebagai mentor sebaya.
"Mereka menjadi mentor untuk membimbing rakan-rakan lebih muda daripada mereka, yang baru menyertai program kami," jelas Encik Jihad.

SUMBANG KEMBALI KEPADA MASYARAKAT
Pelbagai program dan acara dianjurkan Membina Community, termasuk Kelab Futsal Membina yang berjaya menarik 160 orang dari merata Singapura.
Acara itu bertujuan untuk mengintegrasikan belia berisiko ke dalam pangkuan masyarakat.
Ini termasuk program yang dirancang dan dikendalikan sendiri golongan belia.

Program sedemikian diharapkan dapat memanfaatkan lebih ramai belia dan membuat mereka rasa diterima masyarakat.

"Kami di Membina Community sedia menerima, sedia mendengar belia yang melalui cabaran- cabaran dalam hidup mereka," kata Encik Jihad.
"Dengan itu kami menyeru kepada mereka supaya jangan segan. Jangan malu untuk menerima bantuan daripada masyarakat yang sedia membantu," tambahnya.
Cik Husna berharap golongan belia yang dibantunya sentiasa dapat menyumbang semula kepada masyarakat, sekali gus bangkit daripada cabaran yang mereka hadapi.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.