Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

Pakar perubatan syor perkhidmatan lebih khusus bantu belia tangani kesihatan mental

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Belia hari ini lebih terdedah kepada kesihatan mental berbanding ibu bapa atau datuk nenek mereka. Namun, ini bukan kerana mereka lebih lemah, kata pakar kesihatan mental di Persidangan Kesihatan Mental Singapura pada Rabu (4 Okt).

Sebaliknya, ini disebabkan keadaan dunia yang semakin tidak menentu, kata pakar tersebut. Seorang daripada mereka bahkan memberi amaran bahawa peningkatan pesat penyakit kesihatan mental dalam kalangan golongan muda harus dilihat sebagai satu ancaman kesihatan awam paling mendesak pada masa ini.

Lantas, mereka mencadangkan intervensi awal dan menyesuaikan perkhidmatan kesihatan mental bagi belia untuk menangani isu itu.

Profesor Patrick McGorry dari Universiti Melbourne berkata untuk membantu golongan belia mengurus dengan secukupnya “cabaran meniti usia dewasa yang baharu muncul”, perkhidmatan kesihatan mental perlu “membina jambatan antara zaman kanak-kanak dan dewasa”.

Dalam merancang perkhidmatan kesihatan mental, mereka syorkan "keperluan beliau harus diambil kira sejak awal", kata Cik Janhavi Vaingankar, timbalan pengarah penyelidikan di Institut Kesihatan Mental (IMH) Singapura.

Ini termasuk mewujudkan lebih banyak ruang yang "menyenangkan" dan kasual, selain membenarkan belia memilih dengan siapa mereka ingin berkongsi maklumat mereka.

Pengerusi lembaga perubatan IMH,Profesor Madya Swapna Verma, menekankan cara terbaik untuk membantu belia dengan kesihatan mental mereka adalah dengan mendengar mereka.

BELIA LEBIH TERTEKAN DARI SEBELUMNYA

Prof McGorry berkata golongan muda hari ini lebih rasa tertekan
disebabkan faktor seperti krisis iklim, kos perumahan dan yuran universiti yang meningkat, serta landskap media sosial yang berbahaya dan ketidaksamaan semakin melebar. Semuanya menjejaskan golongan belia.

“Bukannya mereka generasi lembut. Mereka sama seperti semasa kita muda dulu. Tetapi keadaan sudah berubah di sekeliling mereka. Meski, tidak ada perang dunia, mereka rasa tidak selamat kerana tidak pernah berlaku sebelum ini, dan ia benar-benar menjejaskan mereka," kata Prof McGorry, yang juga pengarah eksekutif Orygen, sebuah institut penyelidikan tidak meraih untung dan platform untuk penjagaan klinikal pencegahan bagi golongan muda.

Tambahan pula, bidang kesihatan mental belia diabaikan dalam psikiatri untuk sekian lama, kerana perkhidmatan kesihatan mental lebih tertumpu kepada kanak-kanak kecil dan orang dewasa, katanya.
Selain isu akses dan mewujudkan keselamatan psikologi, kesukaran mendapatkan izin juga salah satu hambatan bagi belia untuk tampil ke hadapan, kata Prof Madya Swapna.

"(Belia) masih menghadapi kesukaran untuk mengakses perkhidmatan tanpa izin ibu bapa," katanya. "Stigma dan kurangnya kesedaran tentang kesihatan mental, terutamanya dalam kalangan ibu bapa, menjadi penghalang kepada perkhidmatan kesihatan mental."

Ia antara sebab Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Belia melancarkan perkhidmatan sembang dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam untuk membolehkan belia berusia 16 hingga 30 tahun di sini yang mempunyai masalah kesihatan mental mendapatkan bantuan.

"Kami mahu menawarkan sokongan di sekeliling mereka dan melatih pekerja dan penjaga baharu juga," kata Prof Madya Swapna.

Beliau menekankan peri pentingnya perkhidmatan kesihatan mental mudah diakses, sambil berkata bahawa media sosial, kempen pelajar, ceramah dan bengkel yang dijalankan di sekolah memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran di kalangan belia.
Sumber : Today/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan