Orak langkah buka perniagaan sendiri pada usia 16 tahun, mahasiswi NUS Azzah Atifah bertekad terus kembangkan ‘Hennaflair’
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Syazwani Sanep/BERITA Mediacorp)
SINGAPURA: Lazimnya, ramai mungkin akan membuat aduan atau tidak mengendahkan langsung sekiranya ditawarkan khidmat yang tidak memuaskan. Lain pula bagi Azzah Atifah Mohd Ramezan.
Terdetik di hati gadis berusia 24 tahun itu untuk cuba melakukan inai dengan sendiri sehingga merangsang minatnya terhadap seni inai.

Dinamakan ‘Hennaflair’, perniagaannya yang dimulakan pada usia semuda 16 tahun, menawarkan khidmat inai secara profesional dengan kepakaran dalam inai pengantin. Para pelanggan boleh memilih daripada tiga jenis inai - inai asli, inai putih dan jagua gel, yang ditawarkannya.
Selain itu, beliau turut mengendalikan bengkel inai bagi mereka yang mahu mempelajari selok-belok seni inai.
Tidak dinafikan membina sesebuah perniagaan adalah satu perjalanan yang berliku-liku, apatah lagi bagi anak muda seperti Azzah yang belum lagi meninggalkan bangku sekolah.
SUKAR RAIH SOKONGAN DARIPADA KELUARGA PADA MULANYA
Memandangkan beliau mula berniaga sendiri pada usia yang muda, anak bongsu daripada tiga beradik itu berdepan dengan pelbagai rintangan sejak awal lagi. Pada mulanya, ibu bapa Azzah meragui kesungguhan Azzah untuk memulakan perniagaannya pada usia itu. Ini kerana mereka khuatir ia adalah suatu keputusan yang tidak difikirkan dengan masak-masak dan mungkin setakat hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Malah, bapa saudaranya turut menyuarakan rasa kurang yakin terhadap keputusan Azzah untuk menceburi bidang perniagaan tersebut.
“Bapa saudara saya datang kepada saya dan dia berkata, “Mengapa kamu membuang masa buat ini? Ini tidak akan membawa anda ke mana-mana dalam hidup.” Saya benar-benar berasa tersinggung pada ketika itu. Tetapi saya (sebaliknya) menjadikannya sebagai cabaran untuk saya membuktikan dia salah,” jelas anak muda itu, yang merupakan mahasiswa Tahun 4 jurusan Reka Bentuk Landskap Universiti Nasional Singapura (NUS).

Membulatkan tekad untuk membuktikan kesungguhan dan kematangan beliau dalam membuat keputusan tersebut, Azzah sanggup berhabis wang simpanannya sendiri untuk melabur dalam perniagaannya. Mujur, memulakan perniagaan inai tidak memerlukan wang pelaburan yang begitu banyak, memandangkan 1kg serbuk inai sahaja dijual pada harga S$5.
Kerja keras beliau membuahkan hasil apabila perniagaannya mula berkembang dan semakin dikenali ramai. Kini, Azzah menerima lebih 20 tempahan bagi khidmat inainya setiap bulan.
Ini perlu diimbangi dengan tuntutannya sebagai seorang mahasiswa serta anggota kumpulan tarian Dian Dancers, yang telah disertainya sejak 5 tahun lalu.
MANFAATKAN MEDIA SOSIAL UNTUK SERLAHKAN KEISTIMEWAAN TERSENDIRI
Azzah akur bahawa terdapat persaingan yang sengit dalam industri khidmat perkahwinan di Singapura, yang perlu dihadapinya meskipun beliau masih lagi berjinak-jinak dalam bidang niaga ini.
Namun, tidak pernah sesekali beliau merasakan kebolehannya dipandang rendah oleh pesaing lain.
Ditanya mengenai strategi yang dilakarkannya untuk terus kekal relevan dalam bidang itu, Azzah mengatakan bahawa beliau giat menyesuaikan kandungan media sosialnya seiring dengan trend-trend popular.
"Saya berusaha untuk memuat naik kandungan di TikTok apabila saya pergi ke acara dan temu janji untuk membuat inai pengantin. Jadi, saya pernah membuat kandungan mingguan dengan tema, “Selamat datang sehari dalam hidup saya sebagai artis inai atau pengasas perniagaan atau mahasiswa yang tinggal di asrama”. Ini adalah jenis kandungan yang menarik minat golongan muda dan para pelanggan saya."
Akaun Instagram perniagaannya berjaya memikat hampir 3,200 pengikut.
Menurut Azzah, sebilangan besar pelanggannya terdiri daripada mereka yang mengenalinya menerusi media sosial.
INGIN TERUS REBUT PELUANG KEMBANGKAN HENNAFLAIR
Azzah baru-baru ini mengambil peluang untuk menebarkan sayap ke luar negara demi memperluaskan jenama Hennaflair.
Ini sedang beliau menjalani program pertukaran pelajar di bawah Kolej Luar Negara NUS (NOC) sambil melakukan latihan amali atau 'internship' selama enam bulan di Universiti Paris Sciences et Lettres di Paris, Perancis.
Demi mencabar dirinya untuk menawarkan khidmat inai kepada pelanggan daripada pelbagai latar belakang berbanding mereka di Singapura, Azzah mengambil keputusan untuk mengambil bahagian dalam acara Bazar Malaysia di Maison de Malaisie (Rumah Malaysia) pada Oktober tahun lalu.

"Saya tahu ia mencabar untuk memasarkan diri saya kerana saya tidak mempunyai rangkaian di sana. Apa yang saya lakukan ialah menyesuaikan kandungan saya mengenai gerai inai itu, dengan menggunakan bahasa Perancis," kongsinya.
Mengulas mengenai sambutan yang diterima di sana, Azzah berkata: "Jumlah mereka yang mengunjungi (gerai saya) pada hari itu (membuat) saya terkejut, kerana ia adalah acara yang berlangsung dari 11.00 pagi hingga 3.00 petang tetapi saya melakukan inai sepanjang masa."
Pengalaman yang ditimba di Paris menguatkan lagi semangat Azzah untuk meneruskan dan bahkan, memperluaskan perniagaan Hennaflair.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.