Nyla Esman ikut jejak ibu jadi 'tauke'; jual produk syampu kucing
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Ketika Nyla Esman bersama kucing kesayangannya menonton sesi 'live' penjualan produk dandanan rambut yang dijual ibunya, tiba-tiba tercetus ilham untuk memulakan perniagaan sendiri dengan menjual syampu. Bukan syampu untuk rambut manusia, tetapi syampu untuk bulu kucing!
Malah, pilihan nama perniagaannya, yang dibuat dengan teliti, merupakan 'permainan kata' yang diilhamkan daripada Pearlista, iaitu salon dandanan rambut wanita milik ibunya, Nurashikin Jasni, atau lebih dikenali sebagai Nura J.
Dinamakan Pawlista, Nyla memulakan perniagaannya itu pada usia 18 tahun, semasa beliau menuntut di maktab rendah.
BERITA Mediacorp diberitahu, sejak Pawlista dilancarkan pada Disember 2023, Nyla menerima tempahan bagi 100 botol syampu kering tersebut setiap bulan.

TIDAK AKAN DAPAT REALISASI IMPIAN TANPA SOKONGAN IBU BAPA
Anak sulung tiga beradik ini akur betapa pentingnya sokongan kedua-dua ibu bapanya, Cik Nura dan Encik Esman Supaat dalam membantu beliau merealisasikan impian untuk mengendalikan perniagaan tersebut pada usia semuda itu.

Selain menyediakan modal bagi perniagannya, ibu bapa Nyla membantu dalam urusan pentadbiran serta sebahagian besar proses di belakang tabir Pawlista.
Nyla pula memegang peranan penting dalam melakukan kajian dan mendapatkan nasihat para pakar berkaitan bahan-bahan yang sesuai bagi syampu kucing serta merancang estetik produk-produk di bawah jenamanya.
Berbekal pengalaman luas beliau dalam menguruskan Pearlista, Cik Nura menyifatkannya sebagai "satu kelebihan" dalam membimbing anak gadisnya itu untuk menghasilkan produk syampu khususnya buat kucing.

"Daripada (pengalaman saya), kita tahu bahan-bahan apa yang sesuai untuk manusia dan tahap pH bagi haiwan," jelasnya. pH merujuk kepada ukuran keasidan atau kealkalian sesuatu larutan.
Genap lima bulan bertapak, usahawan muda ini sudahpun mempunyai tiga produk khusus untuk kucing keluaran Pawlista.
Ini termasuk syampu kering (dry shampoo), pembersih telinga kucing (cat ear cleanser) dan tuala 'microfibre'.
Sememangnya, perjalanan untuk akhirnya menghasilkan produk-produk demikian bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi, bagi seorang usahawan muda seperti Nyla.
Banyak ujian rapi dijalankan, di samping beberapa penyesuaian yang perlu dilakukan terhadap produk-produk itu sebelum dilancarkan.
"Rancangan pertama ialah untuk melancarkan syampu biasa untuk kucing. Tetapi apabila kita dapat beberapa sampel, dan saya mandikan kucing saya sendiri, saya sedar mungkin bukan kucing saya sahaja, tetapi banyak kucing di luar sana sangat takut dengan air.
"Dari situ, idea untuk membuat syampu kering, di mana kita tidak perlu pakai air untuk mandikan kuning-kucing timbul," cerita Nyla kepada BERITA Mediacorp.

Yang pasti, syampu kering itu sudahpun berjaya menawan hati ramai pemilik kucing dari pelbagai latar belakang, sekali gus mendapat sambutan yang memberangsangkan sejak ia dilancarkan.
Dengan sekadar menyapu syampu tersebut di merata tubuh kucing anda dalam masa kurang lima minit saja, anda dapat memastikan kucing anda terjaga rapi dan bersih.
Produk syampu kering tersebut dijual pada harga S$25 saja di platform Shopee.
IKUTI JEJAK LANGKAH IBUNYA SATU KEBETULAN SAJA
Seperti ibunya, Nyla juga pernah mewarnai kaca televisyen tempatan menerusi penampilannya dalam drama mahupun rancangan bual bicara kanak-kanak seketika dahulu.
Maka, dengan adanya Pawlista, tidak hairanlah jika ramai yang tertanya sama ada gadis berusia 19 tahun ini sudah lama menyimpan hasrat untuk mengikuti jejak langkah ibunya, khususnya dalam bidang-bidang yang pernah ibunya berkecimpung.

Berkongsi kepada BERITA Mediacorp, Nyla menyifatkan pelibatannya dalam bidang-bidang yang serupa dengan ibunya itu sebagai satu kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Beliau bagaimanapun akur merasakan beban jangkaan ke atas dirinya dalam menguruskan Pawlista, memandangkan ibunya dikenali sebagai seorang usahawan yang berpengalaman.
"Saya rasa ada standard ataupun harapan tertentu yang saya rasa saya perlu penuhi sebab ibu saya seorang usahawan. Tetapi saya melihatnya sebagai cara sihat untuk saya lebih bermotivasi," katanya.
Apabila ditanya apa ertinya bagi beliau apabila melihat anak sulungnya itu berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan, Cik Nura menyuarakan rasa berbesar hati atas keputusan Nyla itu.
"Saya sangat gembira untuk Nyla, sebab dalam dunia keusahawanan ini, terdapat banyak iktibar untuk diraih. Dia akan belajar tentang ketabahan, kesabaran, kemahiran menghuraikan masalah dan dapat juga meningkatkan daya kreativitinya," ujar Cik Nura.
BULATKAN TEKAD IMBANGI MASA URUSKAN PAWLISTA
Nyla tidak lama lagi akan memulakan pengajiannya di Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam jurusan Sains Hayat.
Meskipun jadualnya dijangka semakin padat sejurus beliau memulakan pengajiannya kelak, Nyla tetap bersemangat untuk terus mengendalikan Pawlista dan bahkan, mengembangkan perniagaan sulungnya.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.