Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

NUS, NTU antara 5 universiti terbaik Asia

Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mengekalkan ranking masing-masing, sekali gus menduduki antara 5 tangga teratas dalam senarai terkini Ranking Universiti Dunia Quacquarelli Symonds (QS).

Anggaran Waktu Membaca:
NUS, NTU antara 5 universiti terbaik Asia
Diterbitkan : 07 Nov 2024 11:19AM Dikemas Kini : 07 Nov 2024 11:25AM
SINGAPURA: Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mengekalkan ranking masing-masing, sekali gus menduduki antara 5 tangga teratas dalam senarai terkini Ranking Universiti Dunia Quacquarelli Symonds (QS).

NUS menduduki tangga ketiga, manakala NTU pula di tempat keempat dalam kalangan universiti terbaik di Asia.

Sementara itu, Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) jatuh daripada ranking masing-masing.

SMU jatuh ke tangga ke-140 berbanding tangga ke-120 pada tahun lalu, manakala SUTD pula terhumban ke tangga ke-153 berbanding tangga ke-128 setahun lalu.

Tinjauan itu menilai sekitar 1,000 universiti terbaik di Asia.

Menurut jurucakap QS, penurunan dalam ranking tidak bermakna bahawa prestasi SMU dan SUTD sudah merosot..

Sebaliknya, ia disebabkan oleh ciri-curi tukikan kedua-dua SMU dan SUTD yang bersaing dengan universiti-universiti yang menawarkan spektrum akademik yang lebih luas.

"Sebenarnya, hasil pendampingan kami dengan kedua-dua SMU dan SUTD meyakinkan kami bahawa kedua-dua universiti tersebut sedang giat berinovasi dan mereka berdua sedang mempertingkatkan daya saing masing-masing di peringkat serantau dan global, di samping memikirkan cara-cara untuk menambah nilai jurusan dan identiti universiti dan bagaimana mereka akan menerajui rancangan masing-masing," kata Naib Presiden Kanan, Prestasi Institusi QS, Ben Sowter.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan