Nadi Kampus: Terapi seni mampu perkasa belia dibelenggu kesihatan mental luah isi hati
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Golongan belia, masih membentuk sebahagian besar daripada penduduk Singapura yang bergelut dengan isu kesihatan mental.
Menurut hasil Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional 2022 yang dikeluarkan baru-baru ini, lebih suku penduduk Singapura berusia antara 18 hingga 29 tahun mengalami isu kesihatan mental tahun lalu.

Malah, jumlah belia yang menangani isu kesihatan mental tahun lalu mencatat kenaikan berbanding dua tahun yang lalu.
Cik Amirah Munawwarah, seorang ahli psikoterapi seni yang mempunyai tiga tahun pengalaman dalam bidang tersebut, akur bahawa hasil tinjauan tersebut tidak mengejutkan sama sekali. Ini memandangkan golongan belia dewasa ini berada dalam era teknologi dan media sosial yang berkembang pesat.
Golongan belia secara tidak langsung cenderung untuk membuat perbandingan tanpa disengajakan, misalnya dengan paparan kehidupan rakan-rakan sebaya mereka di media sosial.
Cik Amirah menambah: "Tekanan masyarakat yang meletakkan jangkaan terhadap belia untuk mengatur kehidupan mereka, seperti mula kerja pada umur tertentu atau mendapatkan kerja tetap atau mempunyai wang simpanan seberapa, turut menyumbang kepada tekanan mental golongan belia.”
Yang pasti, trend ini semakin membimbangkan.
Cik Amirah menarik perhatian tentang peranan yang perlu dimainkan setiap lapisan masyarakat dalam memperkasa golongan belia dan menyediakan persekitaran yang selesa untuk mereka mendapat bantuan yang diperlukan, tanpa rasa dihakimi.
SENI TERAPI SEBAGAI WADAH UNTUK BELIA LUAH ISI HATI
Bak pepatah 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul', adalah sukar bila melihat orang yang tersayang melalui rintangan hidup. Apatah lagi, mereka yang memilih untuk menyembunyikan keluhan hati mereka.
Ramai semestinya tidak dapat sangkal betapa sukarnya untuk meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hati mahupun di dalam benak fikiran, terutama sekali bagi mereka yang mengalami tekanan mental.
Terapi seni, pada dasarnya, menyediakan wadah untuk mengatasi kesukaran sedemikian.
Terapi seni merupakan platform untuk meluahkan perasaan atau fikiran terbuku tanpa menggunakan sebarang perkataan, tetapi hanya dengan bahan seni yang tersedia. Ia sekali gus tidak meletakkan tekanan terhadap seseorang itu untuk menerangkan apa yang mungkin tersemat dalam hati.

Bahkan, ia tidak semestinya perlu digambarkan dalam bentuk lukisan tetapi tertakluk kepada daya kreativiti serta kecenderungan seseorang itu untuk memaparkan apa yang ada dalam lubuk hatinya.
"Dari karya seni (yang dihasilkan), kita akan selalu menjemput ‘klien’ untuk kongsi, selalunya buat renungan dan dapatkan ilham atau pandangan yang berkaitan dengan apa-apa yang mereka nak kongsi dalam sesi," jelas Cik Amirah kepada BERITA Mediacorp.

MASIH PERLU TINGKAT KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP TERAPI SENI
Cik Amirah menyifatkan terapi seni sebagai “wadah yang masih baharu”. Maka, tidak hairanlah masyarakat masih tidak cukup mengenali kaedah dan faedah terapi seni berkenaan, terutama sekali dengan salah tanggapan terhadap terapi itu yang kian muncul.
"Seperti dalam filem atau drama, mereka sering menggambarkan ahli psikoterapi seni sebagai (seseorang yang) menafsirkan karya seni tetapi itu tidak benar sebab kami tidak menterjemahkan karya seni dan ia bukan kelas seni sama sekali,” kongsi Cik Amirah kepada BERITA Mediacorp.
Atas sebab itu juga, ia mendorong Cik Amirah untuk mengorak langkah melancarkan insiatif kendaliannya sendiri, di samping menawarkan khidmatnya bersama pasukan khidmat psikologi Promises Healthcare Pte Ltd.
Dinamakan 'ToLeaps', inisiatif itu yang sudah bertapak selama dua tahun, bermatlamat untuk memupuk kesedaran terhadap terapi seni menerusi bengkel serta kegiatan riadah yang dianjurkan secara berkala.

Di samping itu, Cik Amirah juga berharap usahanya dapat sedikit sebanyak memastikan bahawa terapi seni boleh diakses oleh sesiapa sahaja, tidak kira latar belakang mereka.
"MESTI ADA ORANG YANG MEMAHAMI ANDA"
Bagi golongan belia yang sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan bantuan pakar bagi isu kesihatan mental, Cik Amirah menasihati mereka agar tidak tergesa-gesa ketika mencari seorang kaunselor mahupun ahli terapi. Ini kerana pastinya, mereka tidak akan berasa selesa berhubungan dengan semua yang menyediakan khidmat.
"Jangan keberatan untuk tukar kaunselor atau ahli terapi sehingga anda jumpa seseorang yang anda rasa sangat memahami anda," pesannya.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.