Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

NADI KAMPUS: Puisi siswi NUS ini hargai peranan penting restoran makanan segera tatkala pandemik

Anggaran Waktu Membaca:
NADI KAMPUS: Puisi siswi NUS ini hargai peranan penting restoran makanan segera tatkala pandemik

(Gambar: Foursquare)

Diterbitkan : 13 Apr 2022 10:54PM Dikemas Kini : 14 Apr 2022 05:50PM

BERITAmediacorp: TIDAK kira bila, di mana
dan jam berapa
kedai makan itu sentiasa bersedia 
berkhidmat 24/7
memenuhi keperluan keluarga

Kedai itu tidak berkira
keadaan apa sekalipun 
kalau elektrik terputus di rumah
atau ibu dan ayah sibuk bekerja
tiada makanan di rumah
semua orang dilayan sama rata, tanpa soal

Tentang PCI dan lain-lain hal
kedai itu menyediakan 
wifi semurah satu minuman ringan 
untuk kakak memuat turun, mengisi
menghantar borang masuk universiti
menghabiskan tugasan internship.

Juga ada protin untuk abang
dalam hidangan burger bersalut tepung
bersama ketulan-ketulan ayam
dan karbohidrat 
dalam sekotak kentang goreng.

Siap pencuci mulut  
ais krim 80 sen buat adik
dan Internet meluncur laju 
menyediakan hiburan sambil makan
dalam kedai berhawa dingin.

Terasa cukup nikmat apabila
semua jenis keperluan tersedia 
tanpa perlu meminta-minta

CETUSAN KARYA:
Puisi ini adalah sentuhan ilham Nur Hikmah Md Ali, mahasiswa tahun 4 Universiti Nasional Singapura (NUS).

Sumber : BERITA Mediacorp/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa