Minat seni suara, muzik berputik kembali di politeknik
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Instagram/republicpoly)
SINGAPURA: Tanpa mengenal erti putus asa, penuntut Politeknik Republic, Muhammad Mirza Ruslee, 22 tahun, berjuang sejak kecil lagi untuk mempertahankan tekadnya menjadikan bidang nyanyian sebagai satu kerjaya profesional.
Ini meskipun, pada satu ketika dia cuba mengetepikan minatnya itu kerana dikatakan tidak akan membawa hasil atau pekerjaan yang stabil.
"Saya cuba hentikan segala aktiviti berkaitan dengan muzik, saya buang gitar saya. Saya rasa saya meluangkan terlalu banyak masa dalam perkara yang tidak akan membawa saya ke mana-mana" kata pelajar tahun 2 kursus pengurusan acara itu.
"Ia berlaku ketika saya di sekolah menengah," tambahnya.
Ketika Mirza melanjutkan pelajaran di Institut Pendididkan Teknikal (ITE), dia menyertai Dikir Barat sebagai Aktiviti Kokurikulum (CCA).
"Saya cuba sertai dikir barat, tetapi saya rasa ia bukan sesuatu yang ditakdirkan untuk saya.
"Meskipun saya dapat memberi tumpuan kepada muzik tradisional, ia bukan minat saya."

MEMBESAR DALAM KELUARGA MUZIK
"Ibu saya adalah motivasi utama saya, kerana dia sering menyanyi di rumah," kata Mirza.
Minat untuk menyanyi mula berputik sejak kecil, ketika dia cuba mengikut jejak langkah ibunya. Lama kelamaan, Mirza mengambil serius bidang nyanyian.
Mirza mengasah bakatnya menerusi sumber-sumber dari internet, serta mengambil nasihat ibu bapa dan pakciknya.
"Terus terang, ibu saya sangat kritikal dalam perjalanan saya. Dia akan memberi komen negatif dahulu, sebelum memberi komen positif.

Cara tersebut membuahkan hasil, kata Mirza, yang menambah bahawa ia membuatnya individu yang lebih kritikal ketika menilai dirinya, serta rasa lebih rendah diri.
"Tidak kira jika ada yang puji, saya akan lihat pada perkara negatif dahulu, dan memperbaiki diri saya untuk jadi penyanyi yang terbaik mungkin."

MINAT KEMBALI BERPUTIK BERSAMA REPLUG
Ketika masuk ke Politeknik Republic pada 2023, Mirza menyertai band Replug sebagai CCAnya dan bermulalah perjalanannya untuk menjadi penyanyi profesional.
"Replug ditubuhkan di Politeknik Republik sejak 2008 dan bermula sebagai sebuah kumpulan karaoke Cina. Selepas itu, semakin ramai orang menyertainya dan menyumbang kepada kumpulan ini, dan kini ia menjadi band akustik," kata Mirza.
Kumpulan tersebut terdiri daripada pemain gitar bass, gitar elektrik, piano, dram, cajon (alat genderang), serta alat muzik lain.

"Kami mengutamakan kepelbagaian, ia inspirasi utama kami. Meskipun genre utama kami adalah pop, kami cuba gabungkan genre lain seperti punk, jazz dan blues.
"Dalam lagu pop juga kami cuba ubah genrenya kepada bossa nova atau blues," tambahnya.
Setiap daripada 65 anggota Replug mempunyai bakat yang tersendiri. Mereka perlu menjalani uji bakat untuk menyertai kumpulan tersebut.
"Selepas menyertai Replug, mungkin ada anggota yang minat untuk belajar alat muzik lain, seperti piano. Dalam tempoh setahun dalam Replug, saya dapat sedikit sebanyak belajar untuk main piano.

Di antara detik yang tidak boleh dilupakan Mirza adalah persembahan kumpulan itu di acara Pesta Malam Singapura (SNF) pada Ogos lalu.
"Kami dapat peluang untuk membuat persembahan di peringkat yang lebih besar selama dua malam. Jadi, untuk menyaksikan pentas yang besar dan penonton yang ramai,ia seperti mimpi yang menjadi nyata," kongsi Mirza.

FUAD RAHMAN, MOTIVASI UTAMA TERUSKAN MENYANYI
Ketika ditanya apakah faktor yang membuatnya menyambung minat dalam bidang muzik, Mirza mendedahkan bahawa Fuad Rahman, iaitu pakciknya, adalah sebab utama.
"Apabila dia kembali kepada arena muzik, selepas bertahun-tahun meninggalkannya, dia terus sertai Gegar Vaganza.
"Saya rasa ia satu motivasi bagi saya, meskipun dia sudah lama berhenti dalam bidang muzik, dia dapat meluahkan perasaannya di peringkat yang besar," ujar Mirza.
"Dia adalah sebab utama saya menyertai Replug," tambahnya.
Kisah penyanyi 'Bila Rindu' itu dijadikan iktibar buat Mirza, yang merancang untuk meneruskan perjuangannya dalam bidang muzik selepas menamatkan pengajian di Politeknik Republic.

Menurut Mirza, sepanjang hidupnya, matlamatnya adalah untuk menjadikan minat dalam bidang nyanyian sebagai satu kerjaya.
"Saya rasa, minat yang dijadikan sebagai kerjaya, tiada apa yang dapat menghalang anda, anda akan rasa gembira dan tidak tertekan."

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.