Mengubah persepsi anak muda terhadap seni puisi melalui pameran interaktif
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seni puisi di sini kurang mendapat sambutan hangat terutama sekali dalam kalangan anak-anak muda.
‘‘Saya selalu ingatkan bahawa seni puisi adalah sesuatu yang eksklusif dan harus menyertai sesebuah kelab untuk memahaminya,’’ kongsi seorang belia tentang pandangannya terhadap seni puisi.
Untuk mengubah persepsi sedemikian, lima pelajar tahun akhir daripada jurusan Diploma Pengurusan Seni dan Teater di Politeknik Republik (RP) telah mengadakan sebuah pameran interaktif berdasarkan tafsiran mereka tentang lima kuntum puisi bertemakan Cinta dan Pilihan.

Tema ini dipilih kerana ia adalah pengalaman yang pasti pernah dilalui ramai dan maka itu lebih mudah dihayati.
Pameran yang diberi nama "Breathing Space: Of Love & Choices" itu merupakan projek tahun akhir kumpulan pelajar ini yang terdiri daripada Lorraine Faith, Fatmah Khan, Nur’Ain, Asyira Ismawi dan Jonamy Pelegrino.
Ia telah diadakan di kampus RP selama tiga hari pada Januari lalu dan berhasil mendapat maklum balas yang positif terutama sekali daripada para pelajar.
Lima kuntum puisi yang dipilih daripada tiga buah antologi terbitan Poetry Festival Singapore (PFS) adalah hasil karya penyair tempatan − Faridah Taib (Pelayaran Cinta), Amira Yunos (#LoveToday), Cyril Wong (Discussing Nationhood), Dan Ying (Advertisement), dan Harini V (Questions).

Puisi-puisi ini mengupas makna cinta dan pilihan yang dibuat – mempertahankan perkahwinan yang goyah, cinta tak berbalas, cinta internet, putus cinta kerana jangkaan umum dan pintu hati yang tertutup dek luka cinta lama.
Melalui projek ini, mereka mahu mempraktikkan apa yang telah dipelajari dalam kelas seperti menghasilkan set, props (kelengkapan alatan), serta penataan cahaya dan bunyi, berdasarkan sesebuah teks kreatif.
Proses untuk menyiapkan projek ini memakan masa selama 3 bulan termasuk mengilhamkan konsep, draf lukisan teknikal, serta bekerjasama dengan PFS untuk melakar pelan pemasaran di media sosial.
Breathing Space terbahagi kepada 5 sudut yang dilengkapi dengan tataseni yang berbeza, bergantung kepada puisi terpilih dan penafsiran kumpulan ini, termasuk rakaman bacaan puisi yang dimuat turun dari kod QR yang disediakan di setiap sudut pameran.
Pameran berunsur 'participatory' ini juga menawarkan beberapa aktiviti dan props seperti boneka dalam set kotak model, kad dan pena untuk pengunjung berkongsi puisi mereka, kotak pasir, pondok gambar Instagram dan papan hitam di mana pengunjung boleh melukis sejauh mana mereka masih terbuka kepada cinta.

“Sebelum projek ini, saya tidak berminat untuk mendalami seni puisi kerana penggunaan kata-kata yang kadang-kadang agak mengelirukan. Itu juga antara sebab kumpulan kami teruja untuk mengusahakan projek ini dan memberi pengertian baru kepada karya sastera dalam bentuk fizikal yang mungkin mudah dicerna oleh anak-anak muda,” kongsi Nur’Ain apabila diminta pendapatnya tentang seni puisi tanah air.
“Kami berharap semoga dengan mengadakan pameran Breathing Space: Of Love & Choices ini, seni puisi dan karya puisi tempatan akan lebih dikenali dan dihargai generasi muda dan semoga puisi juga dapat menjadi pengubat hati mereka di masa suka mahupun duka.”
MENGENAI PENULIS:
Karya ini adalah sentuhan ilham pelajar Politeknik Republik (RP) Fatmah Khan. Beliau adalah pelajar tahun ketiga kursus kesenian dan pengurusan teater dan berminat menceburi bidang pendidikan pada masa akan datang untuk meneroka bagaimana para pelajar lain menonjolkan diri melalui seni.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.