Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

Melangkah ke tahap baru; terap tekad belajar sepanjang hayat

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Situasi COVID-19 dengan sekaligus sudah menyebabkan banyak perubahan daripada segi gaya hidup hingga ke sumber pendapatan. 

Sebagai tambahan, cara-cara pelajar memperoleh dan berkongsi ilmu pun jauh berbeza berbanding waktu pra-Covid. 

Demi menyesuaikan diri untuk hidup di dalam situasi COVID-19, sudah tentu minda kita dan juga pelbagai aspek yang lain harus melangkah ke tahap baru.

Hakikatnya, bukan sekadar situasi COVID-19 sahaja yang membawa perubahan kepada diri kita, ada juga golongan yang harus menceburi alam digital dan juga ramai daripada kita membiasakan diri bersosial di alam maya.

Ini adalah contoh-contoh bagaimana melangkah ke tahap yang baru dapat membangunkan kita pada masa akan datang. 

Dengan minda dan pelbagai aspek untuk melangkah ke satu tahap yang baru, fasa seterusnya yang perlu dilakukan demi untuk berkecimpung dalam bidang yang baru, tetapi masih ramai yang kurang sedar, adalah belajar. 

Mungkin pada masa dahulu, pembelajaran hanya berlaku di bangku sekolah dan pada usia muda sahaja. Walau bagaimanapun, pada masa sekarang terutama dalam dunia digital ini kita dapat melihat anggota masyarakat dari pelbagai usia dan kedudukan mahu belajar benda yang baru. 

Maka itu, Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) dengan kerjasama Jawatankuasa Pendampingan Masyarakat (CEC) akan menganjurkan sesi Santai VII: Soaring to New Heights (Melangkah ke Tahap Baru).

Sesi itu membuka peluang dan ruang untuk menghuraikan pelbagai aspek untuk menggalak pembelajaran sepanjang hayat kepada setiap generasi. 

Bukan sahaja disebabkan situasi COVID-19, tetapi juga di mana setiap individu boleh membangkitkan semangat untuk melangkah ke tahap baru supaya dapat mencapai apa yang mereka inginkan. 

Oleh yang demikian, Acara Santai VII ini menjemput dua orang terkemuka dalam masyarakat kita yang sentiasa membakar semangat untuk mencapai sesuatu yang baru, iaitu Encik Syukri Azman dan juga Dr Humairah Zainal. 

Encik Syukri Azman adalah seorang pakar pembelajaran dan pembangunan wilayah. Beliau juga ditauliahkan Mentor@Work di Politeknik Republik dan sentiasa mempertingkatkan dirinya. Baru-baru ini beliau memperolehi Sijil Lanjutan dalam Pembelajaran & Prestasi di Institut Pembelajaran Dewasa Singapura.

Dr Humairah Zainal pula, ialah seorang Pensyarah Bersekutu di Universiti Sains Sosial Singapura dan sekaligus Zamil Penyelidik di Hospital Besar Singapura.

Beliau mempunyai latar belakang pendidikan PhD dalam Sosiologi dari Universiti Teknologi Nanyang.

Peserta yang hadir bukan sahaja berpeluang untuk menghuraikan pelbagai aspek untuk menggalak pembelajaran sepanjang hayat kepada semua generasi, tetapi dapat berbuka puasa bersama. Ruang solat juga disediakan.

Acara Santai VII ini akan diadakan pada 9 April 2022 jam 4.30 petang hingga 6.30 petang di Only U, 10 Anson Road #31-06 International Plaza Singapura 079903.

Kepada yang berminat untuk menghadiri acara Santai ini, sila isi boring pendaftaran di https://tinyurl.com/SantaiVII2022 slot terhad dan peserta yang disahkan akan dimaklumkan. 

MENGENAI PENULIS: Rencana ini adalah sumbangan Amirul Daniez, bakal lulusan jurusan Pengurusan Sistem dan Kejuruteraan di Politeknik Republik.

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan