Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

MDDI tawar biasiswa pikat siswa ceburi kerjaya bidang perhubungan & penterjemahan

Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) mengumumkan dua biasiswa bagi mereka yang berminat bekerjaya dalam bidang perhubungan pemerintah dan penterjemahan.

Anggaran Waktu Membaca:
MDDI tawar biasiswa pikat siswa ceburi kerjaya bidang perhubungan & penterjemahan

(Gambar: MDDI)

Diterbitkan : 21 Jan 2025 01:09PM Dikemas Kini : 21 Jan 2025 01:10PM
SINGAPURA: Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) mengumumkan dua biasiswa bagi mereka yang berminat bekerjaya dalam bidang perhubungan pemerintah dan penterjemahan.

Biasiswa Khidmat Penerangan MDDI ditawarkan kepada para pelajar yang berminat untuk menceburi kerjaya dalam perhubungan pemerintah.

Biasiswa Khidmat Penerangan (Penterjemahan) MDDI pula ditawarkan kepada mereka yang berminat dalam kedua-dua bidang perhubungan pemerintah dan penterjemahan.

Menurut MDDI, kedua-dua biasiswa tersebut ditawarkan kepada mahasiswa baharu yang mestilah rakyat tempatan atau Penduduk Tetap (PR) Singapura.

Sungguhpun demikian, mahasiswa yang sudah memulakan pengajian namun bukan dalam tahun terakhir pengajian mereka juga boleh memohon biasiswa tersebut.

Permohonan boleh dibuat menerusi laman PSC Gateway.

Mereka yang memerlukan maklumat lanjut mengenai biasiswa yang ditawarkan oleh MDDI boleh menghantar emel kepada Jabatan Sumber Manusia MDDI di alamat emel mddi_human_resource [at] mddi.gov.sg dengan tajuk “Interest in MDDI Information Service (Translation) Scholarship”.

Permohonan bagi biasiswa tersebut akan ditutup pada 15 Mac 2025.
Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan