Madrasah Aljunied juara pertandingan bahas Arab, tumpaskan 44 pasukan serantau
Anggaran Waktu Membaca:
MALAYSIA: Madrasah Aljunied Al-Islamiah tampil juara dalam pertandingan bahas dalam bahasa Arab peringkat serantau anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Ahad (9 Ogos).
Ini selepas pasukan tersebut berjaya menumpaskan 44 pasukan pelajar menengah dari madrasah dan sekolah menengah agama dari Singapura, Malaysia dan Indonesia.
Ia merupakan kali pertama Madrasah Aljunied Al-Islamiah merangkul gelaran juara dalam pertandingan tersebut.
Pasukan yang dianggotai Nuha Zahra Mohamad Adil, Nur Insyirah Norazlan, Raihana Zari dan Muhammad Hannan Mohammad Hafiz berjaya menumpaskan pasukan Maahad Muar dari Malaysia 7-0 dalam pusingan akhir pertandingan yang diadakan di UIAM di Selangor.
Kemenangan tersebut hasil daripada kegigihan para pendebat yang telah membuat persiapan selama hampir lima bulan.
"Sepanjang tempoh (persiapan), para pelajar memberikan komitmen yang sangat tinggi. Ada kalanya kami menjalani latihan secara dalam talian selepas waktu sekolah, dari sekitar jam 8 hingga 10 malam, dan ada juga latihan fizikal pada hari Sabtu, dari jam 8 pagi hingga 4 petang," ungkap guru penasihat, Ustazah Siti Aisyah Baharuddin dalam satu jawapan bertulis kepada BERITA Mediacorp.

Beliau turut menambah bahawa proses persiapan bukan sahaja melibatkan latihan berdebat, tetapi juga penyelidikan, pembinaan hujah, penguasaan bahasa Arab serta latihan untuk meningkatkan keyakinan dan pemikiran kritis para pendebat.
NUHA ZAHRA DIBERI GELARAN PEMBAHAS TERBAIK
Lebih membanggakan, salah seorang pendebat pasukan tersebut, Nuha Zahra turut dinamakan Pembahas Terbaik bagi pertandingan peringkat akhir.

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan gembira kerana dapat memenangi pertandingan debat dan menerima anugerah Pendebat Terbaik. Segala usaha dan latihan selama ini akhirnya membuahkan hasil, dan saya sangat bersyukur kerana semua penat lelah saya selama ini tidak sia-sia," kongsi pendebat kedua pasukan tersebut dalam satu jawapan bertulis.
"Saya juga sangat berterima kasih kepada Ustazah Aisyah yang bukan sahaja banyak membimbing saya dalam debat, tetapi juga membantu saya berkembang dan menjadi pembahas yang lebih baik. Tidak lupa kepada semua rakan-rakan debat saya yang sentiasa membantu dan mendorong saya untuk terus berkembang. Debat bukanlah usaha seorang, tetapi hasil daripada kerja keras seluruh pasukan," tambahnya lagi.
Edisi ke-23 pertandingan tersebut bermula dengan pusingan saringan dalam talian daripada 17 hingga 19 Julai.
Daripada pusingan saringan itu, dua pasukan daripada Madrasah Aljunied Al-Islamiah berjaya mara ke peringkat separuh akhir, dengan salah satu akhirnya bergelar juara.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.